Serious?!

Menangis darah pulak, ini luahan hati bunda Rozita

Oleh  | 

SERINGKALI yang kita nampak dan dengar nama Dato Aliff Syukri menjadi trending akan pelbagai isu dari segi kejayaan beliau sehinggalah berkarya.

Baru-baru ini viral kisah beliau mengenai dakwaan di mana dia dikatakan mendera anak tirinya sehingga pembantu rumah membuat laporan polis terhadapnya.

Akan tetapi Aliff Syukri kini viral lagi sekali apabila beliau mengeluarkan lagu terbarunya yang berjudul ‘Bahagia’. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen. Salah satunya menyatakan seakan sama seperti  muzik video penyanyi muda Hollywood terkenal, Billie Ellish yang berjudul ‘When The Party’s Over’

Menurut sumber, ibu beliau tampil mengeluarkan satu video menegur anaknya dan dikatakan sudah puas menegur anaknya akan kedegilanya.

Tambahan pula, ibunya turut menyatakan kesal akan Aliff kerana tidak putus mencetuskan kontroversi terasuk yang terbaru dimana dia memuat naik video tangisan berdarah bertujuan untuk mempromosi lagu single terbarunya yang berjudul Ingin Bahagia.

Rozita juga menegur Aliff mahu anaknya berhenti menagih perhatian ramai dengan perbuatan yang memalukan keluarga.

Bukan itu sahaja, ibu kepada Aliff Syukri juga menyatakan agar Aliff terus menumpukan perhatian dalam bidang perniagaan kerana tidak mempunyai bakat menyanyi.

Berikut adalah video teguran Rozita kepada anaknya.

 

View this post on Instagram

 

Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! . “..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko . Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org ‘tak reti ajak anak” . Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat . Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak..Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke ” Mak dn kami kena bahananya ” Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 ” kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak” lepas tu buat lagi “ . KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Yang ini pula video teaser terbaru single Dato Aliff Syukri yang mencetus kontroversi.

Terbaru, Dato Aliff syukri memuatnaik lirik lagu tersebut di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Cuba Bahagia.. lirik yg sy buat sendiri ini lah … luahan perasaan saya ketika ini… lagu ini akan sy relase esok.. jumaat jam 12 tghri ini nantikan.. di youtube tv terlajak laris . . Aku menyayangimu Tapi kau sakitiku Hancurkan perasaanku Kecewaku kecewa Dulu sayang padaku Kini kau telah berubah Aku pun tak percaya Masih ada kah cinta Sakitnya sakitnya hati ini Sakitnya menusuk ke jantungku Cobalah mengerti perasaanku Ku ingin dirimu mengerti aku Ku ingin dicinta Ku ingin dimanja Agar kita bisa kekal bersama Entah apa yang telah merasukimu Sehingga dirimu menyakitiku Setelah ku beri Apa yang kau mahu Ku harap kita bisa kekal bahagia I JUST WANT TO BE HAPPY Sakitnya sakitnya hati ini Sakitnya menusuk ke jantungku Cobalah mengerti perasaanku Ku ingin dirimu mengerti aku Ku ingin dicinta Ku ingin dimanja Agar kita bisa kekal bersama Entah apa yang telah merasukimu Sehingga dirimu menyakitiku Setelah ku beri Apa yang kau mahu Ku harap kita bisa kekal bahagia Cobalah mengerti perasaanku Ku ingin dirimu mengerti aku Ku ingin dicinta Ku ingin dimanja Agar kita bisa kekal bersama Entah apa yang telah merasukimu Sehingga dirimu menyakitiku Setelah ku beri Apa yang kau mahu Ku harap kita bisa kekal bahagia I JUST WANT TO BE HAPPY I JUST WANT TO BE HAPPY I JUST WANT TO BE HAPPY I JUST WANT TO BE HAPPY

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Apa komen korang pula?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my