D-Life

Mendatangkan bahaya jika memanaskan nasi berulang kali

Oleh  | 

BUKAN  sis yang memandai, tetapi kenyataan ini sebenarnya dikeluarkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mengikut kenyataan tersebut, jika nasi yang dimasak dan dipanaskan semula boleh menyebabkan seseorang itu terkena keracunan makanan jika dimakan.

Ini tidak mempunyai kaitan dengan cara pemanasan nasi, akan tetapi ia berkaitan dengan cara penyimpanan nasi itu setelah ia dimasak.

via GIPHY

Nasi yang telah ditinggalkan dalam suhu bilik melebihi 4 jam akan menyebabkan spora yang terkandung dalam nasi itu aktif semula.

Mengikut sumber, beras yang belum di masak mengandungi sejenis spora yang dinamakan Bacillus Cereus. Spora jenis ini mampu untuk bertahan dengan suhu yang tinggi. Oleh sebab itu, walaupun nasi tersebut telah dimasak, bakteria ini tetap hidup dan boleh membiak kembali.

via GIPHY

Jika dimakan nasi yang telah dipanaskan itu, korang berisiko untuk mengalami cirit-birit selepas 4 hingga 5 jam. Bakteria yang dikatakan itu akan kembali aktif jika nasi yang telah dimasak itu dibiarkan pada suhu bilik lebih daripada 4 jam.

Jadi jika korang dah biarkan nasi yang telah dimasak di dalam periuk itu lebih daripada 4 jam, maka lebih elok untuk dibuang. Elakkan daripada memakannya kerana ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

via GIPHY

Sebaiknya, korang menyimpan nasi yang telah dimasak itu di dalam tupperware dan dimasukkan dalam peti sejuk. dan elakkan penyimpanan nasi itu lebih daripada satu hari.

Semoga artikel ini dapat membantu korang untuk mengekalkan kesihatan diri dan jangan pula sanggup untuk mengambil risiko ya! Kalau ada lebihan nasi tu pegi tasik kongsi la rezeki dengan ikan-ikan.

Sumber:Wanista.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my