Serious?!

Menentang LGBT Lagu baru Bunkface, Akhir Zaman Dikecam?

Oleh  | 

BUNKFACE baru sahaja mengeluarkan single terbaru yang bertajuk Akhir Zaman dan lagu ini dikatakan telah dikecam oleh warganet kerana kritikan sosial yang disampaikan terlalu kasar.

Ramai yang tak berpuas hati dan ada juga yang memuji mengikut sokongan dan pegangan masing-masing. Tetapi kali ini Bunkface telah menghasilkan sebuah lagu yang agak sukar untuk diterima oleh seluruh masyarakat seperti mana lagu-lagu mereka yang sebelum ini.

Lagu terbaru ini liriknya lebih kasar dan kritikan terhadap society menjadikan lagu ini berbeza dari lagu-lagu mereka sebelum ini.

Di dalam lirik mereka juga ada menyebut “LGBT boleh pergi mamp*s” yang menyebabkan ada yang menyukainya dan ada yang mengecam.

Foto:YouTube

Lagu ini ditulis sepenuhnya oleh Sam sendiri dan dia menyatakan bahawa lagu ini adalah untuk menyuarakan isu yang terjadi di dalam dunia dan pendapat mereka demi agama, rakyat dan negara.

Tetapi ramai yang tak berpuas hati kerana Bunkface tidak menjaga sensitiviti dan dilihat agak melampau dalam menyampaikan mesej mereka. Ini diantara komen netizen yang sis dapat.

Apa pandangan korang?

Sumber:TheVocket

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my