D-Life

Menggembara bersama haiwan? Filem fantasi komedi yang korang wajib layan!

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy semua! Ha sis ada satu filem yang memang menarik untuk korang layan. Bukan senang tau nak buat orang gelak dan kali ini sis jamin korang mesti tak kering gusi bila menonton filem ni.

Sekarang ini jarang kita tengok filem berkonsepkan fantasi komedi keluar di pawagam. Kali ini, filem Dolittle akan membuatkan korang tidak kering gusi tau!

Menariknya tentang filem ini dimana sekumpulan haiwan yang pergi mengembara merentasi laut! Wow, bagaimana agaknya haiwan ini menggembara merentasi laut dan terlibat sekali membantu seorang doktor haiwan ye.

via GIPHY

Bukan itu sahaja, sis cukup terhibur dengan karakter masing-masing dalam filem ni! Ada yang kaki merungut, ada yang kaki penakut, ada yang suka melawan dan ada pula yang jenis romantis!

Terhibur betul bila sis tengok telatah masing-masing, dah macam satu keluarga yang meriah. Bukan itu sahaja, sis juga turut terpesona dengan konsep realistik yang di gunakan dalam filem ni. Nampak real habis!

via GIPHY

Sebelum ini kalau sebut Dolittle ni mesti korang teringat balik filem lama di mana Eddie Murphy membawakan watak seorang doktor yang boleh berkomunikasi dengan haiwan.

Tapi kali ini watak tersebut dibawakan oleh Robert Downey Jr! Ha yes pelakon terkenal Iron Man tu. Pada mulanya sis merasakan sedikit janggal apabila melihat ‘Tony Stark’ membawakan watak seorang pakar merawat haiwan, malah boleh berkomunikasi pula!

via GIPHY

Tetapi ternyatalah memang best kerana beliau berjaya memukau penonton dengan lakonannya. Apa kata hujung minggu ni korang tengok filem ini bersama keluarga. Buat yang nak hilangkan tekanan kerja tu sis elok sangat la layan movie ni.

Sebelum korang tengok filem Dolittle, sis belanja trailer dulu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my