Be-You-Ty

Menguap ketika bersenam? Normal atau tanda bahaya?

Oleh  | 

PERNAH tak tengah korang syok bersenam tiba-tiba mulut automatik terbuka luas dan menguap seperti ‘badak’.

Tapi tak pula rasa mengantuk atau mata berat ingin tidur. Timbul persoalan adakah tubuh badan tak suka bersenam? Atau memang korang seorang yang tak boleh bersenam.

Takut pula rasanya. Iyalah badan lesu tapi ingin bergerak aktif. Eh, jangan fikir macam itu pula ya! Sebabnya ada kajian mengatakan ia perkara ‘positif’ yang berlaku jika menguap ketika bersenam. Iaitu ianya isyarat dari otak untuk cool down badan yang tengah warm up.

Para atlet sukan dan ahli militari pun menguap ketika sedang menjalani latihan. Jadi ianya suatu yang normal. 

Menguap terjadi secara automatik kerana otak mahu aliran darah lebih cepat sampai dan ia menggunakan otot bahagian rahang kerana ia dekat dengan tengkorak. Seterusnya kamu akan menarik udara secara dalam (menarik udara sejuk) dimana akan menyejukkan saluran darah. 

Teknik ini dipercayai untuk otak lebih kembali pada suhu yang normal dan selain itu ia mahu mengekalkan efisien kesihatan mental. Jadi ketika anda sedang gemuruh, bergerak aktif atau apa sahaja melibatkan aktiviti memanaskan badan kamu mungkin akan menguap. Tapi bukan sebab mengantuk!

Namun tidak semua exercise menyebabkan otak ingin ‘sejuk’. Senaman yang bertenaga atau menggunakan otot besar seperti squat dan angkat berat. Senaman seperti kardio, larian mungkin tidak kerana ia menggunakan pernafasan yang konsistensi.

Anda kena faham juga ia bergantung kepada suhu sekeliling anda. Jika anda menguap didalam pusat gym yang panas kadang ia tidak membantu kerana anda menarik udara yang ‘panas’. 

Cumanya ada perkara yang perlu kamu berhat-hati. Jika terlampau kerap menguap, berhenti dan rehat sebentar dari meneruskan senaman. Bukan apa takut ia boleh menunjukkan serangan panik atau tanda pening kerana aliran darah yang perlahan. 

 

Penulis: Izzah Ab Aziz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my