Dhiaventure

Menjilatlah sepuasnya! Muzium Aiskrim pertama dunia dah dibuka!

Oleh  | 

DULU waktu kecil-kecil, kalau ada budak nangis, cara nak pujuk mestilah dengan aiskrim. Sampai besar orang akan anggap menikmati ais krim adalah salah satu cara untuk mengubati kesedihan. Kini, ais krim telah diraikan apabila muzium pertama pencucui mulut itu dibina.

Ia direka berkonsepkan pop art dengan warna-warna pastel. Sangat sesuai untuk korang ambil gambar dan letak dekat dalam Instagram. Boleh dikatakan setiap penjuru muzium ini sangat cantik untuk dijadikan port ambil gambar.

FOTO: Media Time Out

Kalau korang masuk muzium ini, korang akan dapat tengok macam mana ais krim dihasilkan dari tahun ke tahun. Korang akan naik Subway untuk masuk ke dunia ais krim. Ada juga permainan dan kolam renang untuk kanak-kanak bermain.

FOTO: pinimg

Muzium Aiskrim membuat kita bermain dengan imaginasi dan kreativiti. Ada juga kedai ais krim yang menjual tujuh perisa ais krim berbeza. Ha, kalau korang ke sini jangan lepaskan peluang untuk ambil gambar sebanyak mungkin. Barulah viral.

FOTO: Homejournal

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my