Serious?!

‪Bila selebriti, menteri makan carutan. Apa selepas itu?‬

Oleh  | 

MEDIA sosial adalah tempat kita boleh membaca bermacam jenis cerita dan ragam netizen. Ia termasuklah tip rumah tangga, cerita putus cinta, isu semasa mahupun kontroversi membabitkan golongan selebriti dan menteri.

Namun, tidak kurang hebatnya juga kuasa butang kongsi  di media sosial apabila ia boleh menjadi tempat penyelesaian masalah dan ruang untuk menyedarkan masyarakat tentang sesuai isu.

via GIPHY

Maka lahirlah golongan twit famous yang menjadi selebriti alam maya yang berkuasa menyebarkan perkara untuk dibincangkan. Benda-benda inilah yang akan membentuk persepsi netizen terhadap sesuatu perkara.

Mari kita berborak lebih tentang isu yang tular baru-baru ini apabila CEO sebuah syarikat pengeluar minuman tempatan melahirkan rasa hampanya terhadap seorang menteri muda.

Apa yang menjadi kontroversi ialah perkataan ‘babi’ yang digunakan usahawan tersebut dalam sebuah posting (yang sudah diprivasikan) bertajuk “Sempena Tahun Babi, Ini Cerita Pasal Ke-Babi-an“.

via GIPHY

Memandangkan posting itu ditulis kepada seorang menteri yang terkenal, maka ia begitu laju dikongsikan sehingga menjadi trending dalam masa 24 jam.

Tambahan pula menteri berkenaan turut memuat naik sebuah kenyataan sebagai respon terhadap usahawan berkenaan seterusnya menimbulkan perbualan hangat netizen di laman sosial.

FOTO: Twitter

Ini bukan tentang siapa betul dan salah. Tapi ini tentang bagaimana laman sosial menjadi sebuah medan paling ampuh dan efektif untuk memastikan suara mereka didengari oleh rakyat marhaen. Pada masa yang sama, ia menjadi tempat untuk memberi provokasi atau mencipta persepsi terhadap seseorang.

Lihatlah bagaimana selepas keluhan usahawan menjadi trending, ia terus mendapat maklum balas segera dari menteri. Ia belum tentu terjadi sekiranya usahawan tersebut menulis surat kepada kementerian yang harus melalui beberapa tapisan.

Ada banyak persepsi yang wujud dalam kes ‘usahawan-menteri’ ini. Ada cakap  ia isu pilih bulu kepartian, trick murahan pemasaran, mahupun salah guna kuasa.

Ini adalah contoh twit pendapat netizen terhadap isu ini:

Kalau bercakap tentang persepsi, ia boleh jadi benar dan salah. Jika ia sebuah promosi di laman sosial. Adakah  sesuatu jenama itu ingin dikenali dengan cara yang negatif asalkan mendapat keuntungan yang masyuk?

Apapun, manusia memang boleh ‘berkalau-kalau’ jika nak cakap tentang persepsi. Cuma pernah tak kita terfikir, isu ini mendapat perhatian kerana ia melibatkan orang-orang terkenal. Adakah isu lain seperti kedaifan pelajar di Sekolah Kebangsaan Unico Desa  yang semakin reput di Sabah akan mendapat perhatian serupa oleh netizen di laman sosial? Adakah kita tidak cukup berminat untuk berpersepsi terhadap kes-kes seperti ini?

Mari kita fikirkan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my