Serious?!

Mentor Milenia 2019 perkenal konsep baharu ala-ala The Voice?

Oleh  | 

PERTANDINGAN realiti TV iaitu Mentor Milenia kembali lagi tahun ini  bermula Oktober depan. Apa yang menariknya untuk tahun ini, Mentor Milenia tampil dengan konsep baharu dan berbeza berbanding  tahun lepas.

Untuk ujibakat Mentor Milenia pada kali ini, ianya tidak tertumpu kepada satu mentor sahaja sebaliknya kelima-lima mentor akan turun padang untuk membuat penilaian memilih protege yang terbaik. Untuk konsep kali ini, protege diberi peluang untuk memilih mentor kegemaran mereka. Wahh, ala-ala The Voice versi Malaysia gitu kan?

Masih mengekalkan Black, Hazama dan Akim sebagai mentor utama, Mentor Milenia tampil berbeza kali ini dengan kehadiran dua mentor wanita iaitu Ernie Zakri dan Stacy.

Menerusi ujibakat yang dijalankan, 20 peserta akan disenarai pendek untuk bersaing di pentas Mentor Milenia. Hanya 2 peserta sahaja yang akan dipilih oleh mentor untuk ke peringkat seterusnya. Jika sebelum ini Mentor Milenia  hanya membuka peluang kepada peserta yang berumur 18 hingga ke 21 tahun sahaja, berbeza pula untuk tahun tahun ini kerana umur peserta telah dianjakkan kepada 23 tahun tau. Untuk korang yang memiliki bakat dalam bidang nyanyian, boleh lah cuba nasib dengan menyertai ujibakat Mentor Milenia ini.

Untuk sesiapa yang berminat untuk mengetengahkan bakat terpendam korang dalam bidang nyanyian, korang boleh join ujibakat yang akan diadakan pada 3-4 Ogos (Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah), 25-25 Ogos (Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam) dan 7-8 September (Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam).

Sebelum ke tempat ujibakat, korang perlu muat turun borang pendaftaran di http://www.xtra.com/mentormilenia dan bawa borang tersebut semasa ujibakat okay?

Jangan lupa saksikan program Mentor Milenia bermula 6 Oktober 2019 setiap Ahad pukul 9-11.30 malam!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my