Inspirasi Dhia

Menulis lagu adalah sebuah keberanian – Zee Avi

Oleh  | 

Nama Zee Avi sebagai pencipta dan penyanyi memang tidak boleh diperkenalkan lagi. Penyanyi bertubuh genit kelahiran Sarawak ini nampaknya sudah semakin menyerlah dan menetap di Amerika Syarikat.

Terkenal dengan lagu Kantoi yang sehingga kini masih segar dalam kalangan anak muda. Zee bagaimanapun menjelaskan pekerjaan mencipta lagu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang sambil lewa.

“Sebagai seorang penulis lirik. Menulis lagu yang membawa mesej yang ingin kita sampaikan adalah satu bentuk keberanian,”

FOTO: Instagram Zee Avi

11 tahun bertapak dalam bidang nyanyian dan memperjuangkan muzik di tanah orang. Penyanyi berumur 32 tahun ini pastinya sudah berdepan dengan banyak cabaran.

“Sudah tentu, setiap hari saya rasa insecure. Tapi kita kena ingat,  minda ialah sesuatu yang sangat berkuasa. Begitu juga dengan emosi. Ia  boleh mempengaruhi segala keputusan.

“Kalau kita memilih untuk menjadi insecure, kita akan jadi insecure. Ia bukan apa, kita cuba nak jadi orang lain dalam diri kita.

FOTO: Instagram Zee Avi

Zee Avi mengajak semua wanita untuk mencintai diri sendiri. Menurutnya, sekiranya kita mengenali diri kita sendiri. Pasti tidak menjadi masalah untuk menyayangi orang lain.

“Kalau kita mencintai diri kita sendiri. Kita pasti tak ada masalah untuk mencintai orang lain.”

“Kenali ego kita. Jadikan ia kawan, tapi jangan biarkan ia menguasai kita,” katanya mengakhiri temu ramah.

NJWA bakal kembali dengan Konsert International Women’s Day bersama NJWA pada 22 Jun akan datang.

Tiket boleh dibeli melalui Instagram @showlab.my atau Facebook Showlab MY.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my