DhiaLova

Menurut kajian, ini yang jadi bila seseorang lelaki jatuh cinta

Oleh  | 

KALAU sembang tentang cinta. Kita semua tahu yang ia mempunyai kuasa yang sangat besar dan boleh mengubah perangai seseorang dengan sangat drastik. Antara benda menarik yang boleh dibincangkan tentang cinta ialah bagaimana ia boleh mempengaruhi otak.

Reaksi yang diberikan oleh perempuan dan lelaki ketika jatuh cinta semestinya berbeza. Sebuah penelitian telah dijalankan untuk mengetahui bagaimana perasaan jatuh cinta boleh mempengaruhi otak lelaki dan perempuan.

Jadi, berikut adalah antara perkara yang akan berlaku kepada seorang lelaki sekiranya mereka jatuh cinta.

via GIPHY

Bertoleransi dengan rasa sakit

Menurut pakar saraf Dr. Jarred Younger di University of Alabama, rasa cinta boleh menyebabkan seseorang bertoleransi dengan rasa sakit yang sedang dialami. Jatuh cinta dapat menghantarkan pesanan ke tulang sumsum dan menahannya daripada sampai keada otak.

Berhenti merokok

Selain itu, hubungan yang romantik juga boleh mengubah kimia otak seseorang seterusnya menyebabkan mereka berhenti melakukan sesuatu yang boleh mengakibatkan ketagih seperti merokok.

via GIPHY

Belajar bergantung hidup dengan orang lain

Menurut kajian, bahagian otak yang sedang jatuh cinta sama dengan keadaan badan yang sedang aktif seperti mengambil ubat tertentu. Maka sebab itu seseorang akan bergantung kepada pasangannya.

Ambil tahu hal kecil

Sejak jatuh cinta, seorang lelaki akan mula ambil tahu benda-benda kecil seperti cara seseorang berpakaian, bercakap dan juga tindakan seseorang.

via GIPHY

Lebih berjaga-jaga

Lelaki yang tahu dia sedang jatuh cinta akan menyedari bahawa dia berada dalam kondisi yang mudah rapuh. Maka, dia akan semakin berhati-hati bagi mengelakkan diri mereka berasa terluka.

Kalau korang rasa kawan lelaki korang tiba-tiba mempunyai kesemua ciri diatas. Mungkin dia sedang jatuh cinta. Mungkin jatuh cinta dengan korang? Hiks.

Sumber: IDN Times

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my