D-Life

Menyampahnya! Tips nak layan kawan yang annoying dan rasa diri diva.

Oleh  | 

PERNAH tak korang terjumpa dengan orang yang annoying? Dah la annoying pastu rasa diri diva sangat. Sis tahu, dunia ini luas dan pastinya akan ada pelbagai ragam manusia yang perlu kita hadapi. Cuba kalau orang yang annoying itu adalah kawan kita sendiri?!

Mencabar iman betul kalau ada kawan macam ni. Lebih-lebih lagi orang perempuan, mesti ada kawan berperangai ‘diva’ tidak kena tempat dan situasi. Sampai kita sendiri rasa kekok bila bertemu dengan rakan-rakan yang lain bersama dia.

Agaknya mesti kamu rasa rungsing bila setiap kali mahu keluar bersama dia bukan? Mari Sis ajar macam mana nak handle dengan manusia yang selalu anggap dia priority untuk semua orang ini. 

Jangan terlalu mengikut kehendak mereka
Sikap diva adalah mereka yang merasakan diri mereka dominan dalam suatu situasi atau kumpulan rakan. Mungkin selama ini korang hanya akur sahaja kehendak mereka, tidak pernah membantah atau cuba menegakkan pendapat sendiri.

Apa kata secara slowly korang cuba tegas dalam yes or no.  Bukan apa nanti lama-lama ikut sahaja telunjuk mereka, boleh makan hati tau!

via GIPHY

Tidak perlu kerap berjumpa

Korang pun kalau sudah tahu dia berperangai begitu sebaiknya tidak perlu lagi kerap hangout bersama. Teknik ini cara senyap untuk menyuruh dia mencari kawan yang lain, petanda kamu sudah mahu move on sedikit demi sedikit dari ‘persahabatan’ ini. Fikirkan, kalau selalu berjumpa pun buat hati makin sakit sahaja untuk menelan perangai mereka. 

via GIPHY

Berterus-terang

Sis nak tanya korang, agak-agak korang berani tak untuk buka segala perkara yang terpendam dihati pada kawan korang? Jika sudah cukup berani apa kata korang cuba untuk berterus-terang dan berbincang sebaiknya.

Pastikan korang dan kawan korang sama-sama mencari jalan terbaik untuk memperbaiki persahabatan. Paling utama ialah biar dia faham tentang perasaan kamu yang berdepan dengan perangai ‘diva’ dia yang keterlaluan.

via GIPHY

Ni sis nak bagi tahu, dalam berkawan ini perlu ada tolak-ansur, kerjasama dan yang paling penting ialah bila kawan kita sanggup susah senang bersama.

Sejauh mana hati seorang manusia sanggup menahan sabar untuk melayan kerenah sahabat ‘diva’. Kalau dah ‘berkawan’ dengan diva bukan dipanggil kawan tapi dah serupa hamba pula. Yedok?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my