D-Life

Menyihatkan tapi 5 sayur ini tak boleh dimakan mentah!

Oleh  | 

SAYUR-sayuran, seperti yang dianjurkan dalam piramid pemakanan memang  perlu dimakan selalu, bagi manfaat kesihatan.

Untuk mendapatkan zat dan nutrisi  daripada sayuran, ramai yang menganggap kita harus memakannya dalam keadaan mentah kerana menganggap memanaskan atau memsak sayuran tersebut akan menghilangkan khasiatnya.

Hal ini tidak salah, tetapi tidak sepenuhnya benar juga. Ada sesetengah sayur disarankan untuk diproses terlebih dahulu supaya tidak meninggalkan kesan buruk kepada kesihatan.

Ini dia, 5 jenis sayuran yang kamu mungkin fikir ada eloknya dimakan mentah, tetapi jaga-jaga, sebenarnya tidak sihat kalau kamu makan begitu sahaja!

 

Tomato

FOTO: Pexels

Tomato memang banyak khasiat jika kamu makan mentah, Tetapi nutrisi yang ada pada tomato, iaitu likopen, akan lebih tingginya jika kamu memasak tomato terlebih dahulu. Merebus atau memanaskan tomato akan memecahkan sel-sel keras yang terdapat pada tomato dan membuatkan nutrisinya lebih mudah diserap. Likopen juga sebenarnya pencegah kanser yang baik.

 

Kacang Merah

FOTO: Unsplash

Walaupun secara teknikal, kacang merah bukanlah sejenis sayuran, tetapi oleh sebab kacang merap kerap digunakan sebagai ramuan masakan, maka kacang merah dimasukkan dalam senarai ini. Kacang merah lebih baik jika dimakan secara rebus (meskipun kacang merah di dalam tin). Jika tidak, kamu akan berpotensi terkena haemagglutinin, iaitu racun yang akan menyebabkan muntah-muntah dan cirit-birit.

 

Brokoli

FOTO: Pexels

Makan brokoli atau adik-beradiknya iaitu kobis dan bunga kobis secara mentah, boleh menyebabkan berlakunya masalah pencernaan. Namun ini tidak bermaksud kamu langsung tidak boleh memakannya secara mentah, tetapi dalam kuantiti yang memadai. Selalu makan mentah brokoli, nanti susah pula kamu mahu buang air besar!

 

Lobak merah

FOTO: Unsplash

Merebus lobak merah boleh membantu perlepasan karotenoid, antioksidan yang membantu memaksimumkan fungsi dalam sistem imun.Kalau kamu memang biasa makan lobak merah sebagai ulaman, mungkin selepas ini kamu boleh mula merebusnya terlebih dahulu.

 

Taugeh

Menurut University Hospitals of North Ohio, taugeh akan menyebabkan kembung dan gas jika dimakan dalam jumlah yang banyak. Oleh sebab itu, pastikan kamu memasaknya terlebih dahulu sebelum memakannya. Namun kamu perlulah memvariasikan cara memasak kamu sehinggalah kamu menemui cara memasak yang kamu selesa.

 

Sumber: Business Insider

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my