D-Life

Meriah! Ini cara 6 negara sambut Maulidur Rasul

Oleh  | 

HARI ini, masyarakat Muslim seluruh dunia meraikan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini jatuh setiap 12 Rabiulawal, bulan ketiga mengikut calendar Hijrah.

Kelahiran Nabi Muhammad, yang juga dikenali Mawlid di sesetengah negara Islam (termasuk Malaysia),diisytiharkan sebagai cuti umum. Namun di negara yang konservatif seperti Arab Saudi dan Qatar, sambutan ini diharamkan.

Namun, ada sesetengah negara sambutannya meriah dan dirayakan sehari suntuk macam hari raya!

Libya

A woman buys toys ahead of celebrations marking the religious holiday of Mawlid in Benghazi, Libya.

FOTO: TRT World

Masyarakat di Libya, meraikan Maulidur Rasul dengan berkumpul beramai-ramai. Mereka akan membawa payung yang dihiasi dengan belon-belon. Di sana juga dijual lentera-lentera hiasan khusus bagi meraikan Mawlid.

 

Afrika Selatan

Keeping the tradition alive, Muslim women and children in Cape Town, South Africa, in their finest clothes cut lemon and orange tree leaves while reciting salutations upon the Prophet.

The ceremony of Rampies-sny involves cutting lemon and orange leaves, soaking them in rose and lemon water and packing them in small sachets to be gifted to the men in the South African community.

FOTO: TRT World

Meneruskan tradisi turun temurun, warga Muslim di Cape Town, Afrika Selatan, mengenakan baju-baju baru yang terbaik dan memotong lemon dan daun pohon oren sambil berselawat kepada baginda. Hirisan-hirisan tersebut akan direndam di dalam air ros dan air lemon yang dibungkus bunjut (seperti bunga rampai) untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan dan sauara-mara.

 

India

A vendor sells traditional snacks to devotees at Kashmir's holiest shrine, Hazratbal in Srinagar, Kashmir.

FOTO: TRT World

Di Kashmir, masyarakat Islam di sana menjual manis-manisan dan snek untuk dimakan ketika Maulidur Rasul. Di sana terdapat tempat mulia yang dinamakan Hazratbal di Srinagar, untuk berkumpul dan berselawat ke atas junjungan Baginda.

 

Mesir

An Egyptian woman looks at the prices of traditional sweets and

FOTO: TRT World

Sama seperti negara Asia Barat dan Asia Selatan lain, penduduk di sana juga menyediakan manisan di Old Cairo, Mesir. Di sana juga terdapat jualan “Aroset El-Moulid” (Bride of Mawlid) iaitu sejenis patung yang dijual sempena Maulidur Rasul.

 

Palestin

Sweets are widely distributed among the children during Mawlid celebrations in Nablus, Palestine.

FOTO: TRT World

Di Palestin, atau tepatnya di Nablus, para lelaki di sana berarak di jalanan menyanyikan selawat beramai-ramai. Di sana juga kanak-kanak akan diberikan gula-gula sebagai ganjaran kepada kanak-kanak.

 

Pakistan

An illuminated mosque is pictured amid the Mawlid celebrations in Karachi, Pakistan.

FOTO: TRT World

Kalau kamu ke kota Karachi semasa sambutan Maulidur Rasul, kamu akan dapat melihat hiasan-hiasan lampu pelbagai warna menghiasi jalan-jalan, bangunan serta masjid. Pasar-pasar di Lahore juga dihias dengan payung-payung pelbagai warna untuk meraikan Malud Nabi.

 

Sumber:  TRT World

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my