Serious?!

Meriahnya! Abang Grab ini siap sediakan macam-macam snack untuk penumpang

Oleh  | 

MEMANDANGKAN kita malas nak drive ke sana sini dan fikir tempat untuk parking lagi. Sebab itu ramai yang menggunakan perkhidmatan e-hailing macam Grab. Oleh sebab setiap perkhidmatan Grab menyediakan ruang utuk penumbang memberikan rating terhadap perhidmatan mereka, ramai pemandu Grab yang melakukan pelbagai inisiatif untuk pastikan penumpang selesa.

Baru ini viral di twitter @alhkm_azmn berkongsin pengalamannya sewaktu menaiki Grab. Mana tidaknya, pemandu yang dikenali sebagai Kho Lak Tze menyediakan aneka gula-gula dan snack untuk penumpang.

 

“Actually semalam, ada buat checkup kat hospital, pukul 2 sampai 5 petang. saya tak makan sejak pagi. Lepas je amik darah semua, kepala dah pening. Tu yang tanya nak sikit gula- gula sebab takut pengsang dalam Grab pulak. Thank you so much, really appreciate it,” kata alhkm_azmn dalam Twitter. 

Tweet berkenaan telah menerima banyak komen dan respon. Ada juga yang bertanya abang Grab tu single lagi ke tak? Amboi, laju ye buat kerja.

C0mel abang Grab!

Nampaknya abang Grab kita dah kumpul ramai peminat. Ramai yang cair dengan usaha abang Grab kita ini.

A+ untuk usaha!

Alahai, banyak pujian yang diberikan untuk abang Grab ini. Semoga usaha abang ini untuk mencari rezeki dipermudahkan. Korang ada tak pengalaman best naik Grab? Cuba kongsi sikit.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my