D-Life

“Minum banyak air tak boleh kuruskan badan,” Doktor sangkal petua mengarut nak cepat ramping

Oleh  | 

BANYAK betul tips cepat kurus yang dikongsikan pengguna laman sosial. Kadangkala, kita sendiri tak tahu betul atau tak semua tips yang dikongsikan itu. Ada yang minum air limau la, minum cuka epal la dan ada juga yang suruh minum air masak sampai 7 liter!

Melalui perkongsian di Twitter, Dr Rafidah Abdullah menyangkal usaha minum terlalu banyak air boleh membuatkan seseorang itu kurus.  Doktor berkenaan menasihati orang ramai agar bersederhana minum air masak. Asalkan kita tidak haus atau air kencing kita tidak terlampau pekat, cukuplah.

via GIPHY

Kuantiti air yang diperlukan tubuh badan akan semakin tinggi jika kita melakukan aktiviti seperti berdiri tengah panas, bersukan, atau demam. Sebenarnya, makanan yang kita ambil pun mengandungi air seperti buah-buahan.

Doktor itu juga memaklumkan, jika kita minum air putih terlalu banyak, ia juga boleh memberikan kesan sampingan yang lain.

Sel badan membengkak

Risiko keliru, koma, sawan

Risiko kegagalan buah pinggang, hati, lemah jantung

Jadi, begitulah penjelasan yang diberikan doktor berkenaan. Dalam usaha kita nak cepat kurus, penting juga untuk kita dapatkan kesahihan petua yang diberikan agar ia tak memberikan kita lebih banyak kesan buruk.

Ingat, kalau nak kurus seseorang itu hanya perlu jaga pengambilan kalori dan juga bersenam.

via GIPHY

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my