SuperDeals

Minum teh mampu melanjutkan usia dan tingkat kesihatan!

Oleh  | 

SERING KALI kita dengar minuman berkafein ni boleh mendatangkan bahaya. Bagi yang mempunyai masalah seperti anxiety disorder memang tidak digalakkan untuk mengambil minuman berkafein.

Ada juga yang sis dengar, badan akan mempunyai masalah angin. Oleh sebab itu kena minum dalam kadar yang sedikit sahaja.

Akan tetapi, minuman teh ni sebenarnya bukanlah begitu memudaratkan dan ada kebaikkannya kalau kita pandai mengawal dalam pengambilan. Sama juga seperti minuman kopi.

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan bagaimana minuman teh ini mampu menjaga kesihatan diri kita dan ini adalah daripada pakar juga!

Minuman teh ini sebenarnya boleh memelihara diri kita daripada penyakit kardiovaskular dan jika kita minum teh panas secara kerap, ia boleh meningkatkan kesihatan diri kepada lebih baik.

via GIPHY

Mengikut sumber, satu kajian dilaporkan dalam European Journal of Preventive Cardiology,  menyatakan pengambilan teh yang secara kerap seperti minum teh panas sebnayak tiga kali atau lebih dalam masa seminggu atau secara kerap mempunyai 20% risiko berkurangan dalam penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak pernah atau jarang mengamalkan minum air teh.

via GIPHY

Bukan itu sahaja, mereka yang minum air teh setiap hari juga bebas daripada penyakit atherosclerotic cardiovascular sepanjang 1.41 tahun dan hayat mereka berpotensi untuk menjadi lebih panjang sebanyak 1.26 tahun menjejak usia 50.

via GIPHY

Jadi, bagi korang tu dah boleh kurangkan minum minuman yang bergas atau gula yang tinggi. Tukarkan kepada teh panas tanpa gula. Kalau tak tahan pahit, tambahlah dengan madu sebagai ganti.

Sembang pasal minuman berkhasiat ni, superdeals ada membuat promosi sejenis minuman berkhasiat yang asli daripada sarang burung! Jangan lepaskan peluang ni okay.

Sumber:Wanista.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my