D-Life

Minumlah Boba banyak manapun, asalkan korang buat…

Oleh  | 

TAK boleh kalau tak bercakap tentang Boba yang manis dan kenyalnya yang selalu membuat kita ketagih. Ia adalah minuman paling hitz dan menjadi kegilaan anak muda. Sebab itulah ada yang sanggup berjam-jam beratur demi mendapatkan minuman terkenal ini.

Tak hanya dengan itu, oleh sebab boba dah jadi trend, permintaan minuman ini terus melebarkan sayapnya sehingga menjadi kek, pizza boba, nasi boba pun ada! Pening! Namun, terlalu banyak sangat minum boba boleh menyebabkan kalori, gangguan pencernaan dan obesiti.

Ha, tapi ini ada nasihat daripada RS Atma Jaya Pluit Laurentius Aswin Pramono untuk orang yang kaki boba.

via GIPHY

Kawal jumlah

Walaupun headline sis macam suruh korang minum banyak kali. Tapi korang kena ingat tau segelas boba bersamaan dengan satu kalori nasi bersama lauk pauk. Jadi, beliau menyarankan agar korang minumlah boba seminggu sekali atau dua kali. Nak lagi kalau perut korang tengah lapar betul.

BACA: Challenge accepted! Masukkan boba dalam hidung?

Imbangkan dengan makanan serat

Orait geng, pernah ada kes seorang wanita dekat China sakt perut dan sembelit seminggu sebab banyak sangat minum boba. Ini kerana boba yang diperbuat daripada tepung tapioka bergumpal di usu menyebabkan gangguan pencernaan. Jadi, korang kena imbangkan dengan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

via GIPHY

Petang boba, yang lain macam biasa

Tubuh korang masih memerlukan nutrisi piramid makanan tau. Jadi, pastikan korang ambil makanan yang seimbang terutama pada waktu pagi dan malam. Kalau nak minum boba, korang boleh beli pada waktu petang. Jangan ambil karbohidrat selepas minum boba sebab ia akan menyebabkan gula meningkat berkali ganda.

BACAIni 5 bubble tea paling banyak dicari di Google!

Cek gula dalam darah

Girls, ini penting. Jangan lupa untuk semak bacaan gula dalam badna korang. Kalau korang mengambil boba secara terus menerus, gula akan sebati dalam darah serta bertahan lama menyebabkan risiko diabetes. Jadi, wajib cek tau!

Baiklah itu sahaja yang sis boleh kongsikan. Jangan lupa bagitahu kawan-kawan korang yang kaki boba tu!

via GIPHY

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my