Dhia Glam

Miss Universe 2018: 6 kostum kebangsaan paling ‘vass’ pilihan Dhia

Oleh  | 

MISS Universe 2018 pada tahun ini menyaksikan Miss Universe Filipina dimahkotakan sebagai Miss Universe 2018. Siapa pula yang agaknya menang bagi segmen yang paling mencuri perhatian saban tahun iaitu segmen kostum kebangsaan?

Pelbagai jenis busana, gimik dan kejutan yang cuba ditampilkan semua peserta untuk menonjolkan imej negara yang mereka wakili, tetapi busana Laos mencuri perhatian juri dan dipilih sebagai pemenang bagi kategori ini.

Bagi Dhia pula, ini ialah 6 kostum kebangsaan pilihan Dhia yang kitorang rasakan paling vass dan glam!

 

Laos

Foto: AFP

Miss Laos, On-anong Homsombath mempesonakan audiens dengan busana avant-garde yang sangat terperinci berwarna emas yang membuatnya kelihatan seperti tiga figura yang berjalan sekali. Figura tersebut diinspirasikan daripada Kinnare, makhluk separa manusia separa burung dalam mitologi Asia Tenggara. Meskipun kelihatan susah untuk dikendalikan, busana ini ternyata mencuri perhatian juri apabila muncul juara bagi segmen kostum kebangsaan. Power!

 

Kanada

Foto: AFP

Terkenal dengan simbol daun maple sebagai simbol rasmi negara, ratu Kanada, Marta Stepien memperagakannya dengan penuh senyuman. Gabungan warna emas dan merah dipadukan membentuk daun maple dan menjadi highlight busana tersebut.

 

Puerto Rico

Foto: AFP

Busana ratu Puerto Rico, Kiara Ortega menonjolkan tiga pasang tangan yang keluar daripada belakan badannya dan dipuncakkan dengan bintang perak di atas jemalanya. Menurut laporan, busana tersebut simbolik kepada perpaduan rakyat Puerto Rico selepas dijejaskan oleh Taufan Maria pada tahun 2017. Sfera putih yang dipegangnya pula ialah simbol kebangkitan pulau tersebut menjadi mutiara di tengah-tengah kepulauan Caribbean. Kreatif kan?

 

Filipina

Foto: AFP

Filipina bukan sahaja menang dan diumumkan sebagai juara keseluruhan Miss Universe, tetapi juga menyerlah dalam kategori kostum kebangsaan. Catriona Gray memperagakan busana yang diinspirasikan daripada Luzviminda, singkatan bagi tiga kepulauan utama yang membentuk Filipina iaitu Luzon, Visayas dan Mindanao. Corak pada topi dan kasutnya diinspirasikan daripada corak tekstil orang asli tempatan di sana.

 

Thailand

Foto: AFP

Peserta tuan rumah, menampilkan salah satu elemen penting dalam sejarah Thailand iaitu gajah putih pada busananya. Selain memperagakan pakaian tradisional Thai serba putih dengan sentuhan elegan keemasan, busana ini dihiasi dengan kepala dan belalai gajah daripada fabrik yang bersinar.

 

Malaysia

Busana daripada Miss Malaysia, Jane Teoh juga tidak kurang hebatnya. Tampil sederhana tanpa gimik berlebihan. Busana Jane tampil ala-ala Wonder Woman dan dihiasi dengan bangau perahu yang menjadi simbolik keperkasaan wanita seperti mana bangau perahu, yang menghalang perahu daripada musnah dek kekuatan ombak laut. Walaupun kurang diperkatakan masyarakat global, busana ini menang di hati Dhia. Malaysia represents!

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my