D-Life

Miss V berbau? 5 Cara yang korang wajib amalkan

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Mesti korang pernah dengar kes bau-bauan yang tidak enak ni kan? Kesihatan wanita bukan hanya tertumpu pada kecantikkan kulit dan tubuh badan je tau.

Beberapa bahagian sensitif sebenarnya memerlukan rutin penjagaan yang tetap dan kalau tak jaga, kesannya bukan setakat berbau je siap boleh bawa padah tau!

Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang 5 cara menjaga miss V tu. Jom baca!

Jangan basuh miss V menggunakan sabun

Ya, sis faham korang nak bersihkan kawasan tu dari kuman, korang kena ingat, kelembapan di kawasan miss V berbanding bahagian badan yang lain memang berbeza. Kalau korang nak pakai juga, sis sarankan korang beli pencuci khas untuk miss v.

Air rebusan sireh

Untuk mengelakkan and menyingkirkan bau pada miss V tu, korang cuci pada bahagian miss V tu dengan air rebusan sireh. Caranya mudah saja, setelah daun sireh dibilas bersih, rebuskan sehingga air rebusan itu bertukar warna. Tunggu air menjadi suam, kemudian cuci pada miss V. Rajin-rajin amalkan selalu.

Tukar pad pada waktunya 

Kalau korang tengah uzur, penting untuk korang tukar setiap 3 jam sekali. Jangan pakai pad tu dalam tempoh yang lama bagi mengelakkan kuman membiak. Ingat, darah tu dah cukup kotor,  jadi korang tak perlu lagi untuk kuman bertambah!

Memakai pakaian yang longgar

Tujuan ini sebenarnya adalah untuk melancarkan perjalanan darah korang tu dan mengurangkan tekanan yang terkumpul pada bahagian miss v. Bagi ruang untuk miss v bernafas dan kalau boleh korang pakai pakaian dalam yang jenis kapas.

Gunting rambut halus

Korang kena elak bulu pada bahagian miss v tu daripada terlalu panjang. Pendekkan rambut pada bahagian miss v tu dengan potong pendek selalu kerana tidak dikawal, peluh akan terkumpul dan pembiakkan bakteria akan berkembang. Pastikan gunting tersebut bersih sebelum digunakan.

Sumber:Bidarari.my

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my