Kolaborasi

Kisah seram! Misteri pusat beli-belah berhantu

Oleh  | 

BILA sebut sahaja kisah seram. Mesti korang akan terbayang macam-macam versi dan peristiwa. Antaranya ialah kisah seram yang berlaku di pusat beli-belah.

Kali ini, Syai dan Amir yang juga merupakan antara tulang belakang team Seekers berkongsi kisah yang mereka terima  tentang sebuah pusat beli belah yang dikatakan berhantu di Kuala Lumpur.

Ada banyak kejadian pelik berlaku di tempat letak kereta bangunan berkenaan. Ramai orang yang gagal menemui  jalan keluar dan terperangkap di tempat yang sama.

via GIPHY

“Benda ni dah lama terjadi sejak zaman shopping mall tu masih dibina lagi. Cerita ini dibawa oleh pekerja kontrak yang buat bangunan tu. Bila dia pusing-pusing naik tangga, dia keluar dekat tempat yang sama walau dah cuba sebanyak tiga, empat kali”

“Bila shopping mall itu dibuka, banyak orang mengalami kes serupa.” kongsi Syai dan Amir.

Apabila mengetahui kisah tersebut pernah dilalui ramai orang. Amir dan Syai tidak senang duduk. Sebagai seorang paranormal, adalah suatu kepantangan mendengar cerita yang terlalu klise disamping tidak mudah terikut dengan cerita yang didengari dan terlalu percaya.

“Kita sebagai pengkaji, perlu memiliki versi kita sendiri daripada cerita yang asal. Maknanya kita akan mengkaji lebih dalam.”

“Ada yang cakap, ia tak hanya berlaku di pusat beli-belah ini sahaja. Ia juga berlaku di pusat beli belah yang lain. Jadi, benda ni dah klise. Orang dah bawa dan sedapkan cerita” ujar mereka.

Namun Syai dan Amir masih tidak mempunyai masa dan kesempatan untuk mengkaji lokasi bangunan berkenaan.

Mereka berharap dapat turun ke pusat beli belah yang dimaksudkan untuk melihat lebih dekat pengalaman yang dimaksudkan. Sama-sama kita nantikan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my