Dhiaventure

Misteri rumah Siam yang tidak dapat dirungkaikan sehingga hari ini !

Oleh  | 

KISAH yang dibawa oleh Syai dan Amir menerusi episod kali ini adalah sewaktu mereka sedang melakukan penggambaran Seekers di sebuah rumah di Kedah yang diberi gelaran “Rumah Siam”.

Rumah banglo usang yang dipenuhi lalang dan terletak di kawasan terpencil itu dimiliki oleh sebuah keluarga berketurunan siam di Kedah. Antara sebab lain yang menarik minat mereka untuk melakukan penggambaran di rumah Siam ini juga kerana rumah banglo ini berhadapan dengan pemandangan sawah bendang yang luas.

Namun setelah menemubual penduduk di situ, tidak ada sesiapa pun yang berani melalui kawasan itu ketika lewat malam walaupun terdapat sebuah taman rekreasi yang memerlukan mereka untuk melalui kawasan rumah Siam itu untuk sampai ke sana. Ada yang sanggup overnight di taman rekreasi itu sehingga pagi kerana takut untuk lalu di hadapan rumah siam itu.

Menurut Syai dan Amir lagi, ada sumber yang mengatakan terdapat satu kes rompak dan pembunuhan pernah berlaku di rumah itu dan mangsa yang terlibat adalah seorang budak kecil. Budak kecil itu ditarik ke dalam sebuah bilik dan dibunuh di dalam bilik itu. Namun kesahihan cerita itu tidak dapat dipastikan kerana penduduk kawasan itu lebih memilih untuk mengunci mulut mereka dari bercerita hal yang sebenar.

Ketika mereka melakukan penggambaran di dalam rumah itu, terdapat satu kelibat yang melintasi kamera melawan arah jam. Tidak terhenti di situ sahaja. Selepas itu muncul lagi satu entiti yang berada di sudut tangga seolah sengaja memberi “hint” kewujudannya di rumah itu.

Apakah kesudahan penggambaran Seekers underground di Rumah Siam ini? Berjayakah mereka membongkar kisah sebenar di sebalik misteri rumah banglo usang itu? Ikuti kisah seterusnya di podcast Ais Kacang untuk rungkaikan misteri sebenar kisah di rumah siam itu sendiri!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my