Dhia Glam

Model manis Rita Nadira kongsi macam mana nak gayakan barang kemas untuk lebih boom!

Oleh  | 

KALAU dah namanya model, kamu bukan sahaja akan dilihat di atas pentas peragaan. Secara tidak sengaja, kamu juga akan menjadi ikon fesyen yang diperhatikan terutama golongan muda.

Team Dhia sempat bertemu model yang sedang meningkat naik namanya apabila diberi kepercayaan untuk menjadi ‘wajah’ kepada beberapa jenama tempatan seperti Rizalman dan Rizman Ruzaini.

Apa yang akan muncul dekat dalam kepada bila cakap tentang barang kemas?

“Subang, rantai, cincin”

Pada pendapat kamu, kenapa barang kemas sangat penting bagi seorang gadis?

“Sebab bila pakai barang kemas ni, dia akan menampakkan kita lebih menyerlah daripada biasa. Tak kiralah apa jenis baju yang kita pakai, ia akan membuatkan kita tampil lebih menyerlah berbanding biasa.”

Macam mana nak mix and match barang kemas dengan cara yang paling mudah?

“Bagi saya, apa yang saya pakai ini dah okey. Ia ringkas. Boleh digayakan sama ada kita pakai dress, atau smart casual saya rasa ia sesuai digayakan dengan apa-apa pakaian.” katanya ketika ditemui team Dhia baru-baru ini.

Pernah merangkul anugerah model pilihan dalam majalah terkemuka, team Dhia nak ucapkan all the best untuk kerjaya Rita akan datang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my