D-Life

Monday blues? Lakukan perkara ini untuk jadi produktif!

Oleh  | 

HARI Isnin sememangnya hari yang akan buat kita jadi “lemau” selepas puas bercuti pada hujung minggu. Rasa nak tidur seharian tapi apakan daya, kena juga berhadapan dengan rutin yang sama semula. Kalau nak ikutkan rasa malas ni memang sampai Isnin minggu seterusnya kita takkan bergerak betul tak?

Mahu atau tidak memang kena lawan Monday Blues ni guys kalau tak memang tak produktif lah hidup korang. Disebabkan Dhia pun mengalami Monday Blues hari ini, Dhia nak share dengan korang beberapa perkara yang korang kena buat untuk hilangkan Monday Blues. Jom kita baca dekat bawah ni!

  • Sarapan makanan kegemaran

Mulakan pagi Isnin kita dengan sarapan pagi. Korang mesti tahu kan kebaikan bersarapan? Selain sarapan memberi kita tenaga untuk melakukan kerja, sarapan juga boleh dianggap sebagai reward, treat atau hadiah sebab korang dah berjaya untuk bangun pagi itu. Tapi pastikan sarapan korang tu rendah lemak dan mempunyai protein yang tinggi okey?

  • Buat senaman untuk regangkan badan

Rasa malas akan muncul apabila tubuh badan kita memberi signal untuk berehat kerana badan kita sudah keletihan. Even tak buat kerja berat pun korang dah mula rasa penat. So caranya korang kena selalu buat senaman regangkan badan korang supaya segar semula.

  • Pilih warna pakaian yang ceria

Prepare awal-awal pakaian korang untuk mula bekerja pada hari Isnin. Kalau boleh sedia dan gosok pakaian korang untuk seminggu sepanjang korang bekerja. Pilihlah pakaian dan warna kegemaran korang untuk dipakai ketika kerja nanti. Ini adalah untuk menaikkan semangat korang untuk memulakan hari Isnin. So tak ada lah rasa lemah dan lemau lagi.

  • Pilih bau perfume yang menyegarkan

Pilih bau perfume yang wangi dan menyegarkan untuk menaikkan mood korang. Lagi-lagi bila kena berhadapan dengan hari Isnin kan so perfume pun kena main peranan jugak uolss!

So dah tau kan tips-tips untuk buang rasa Monday Blues? Jom kita cuba sama-sama. Mana tau lepas ni Isnin kita lebih produktif dari hari-hari biasa gitu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my