D-Life

‘Mu tunggu aku datang,’ 12 bas percuma untuk anak Terengganu balik raya!

Oleh  | 

DEKAT nak Raya ni, mesti adalah drama tiket bas hilang lah, tercicir lah, tak sempat beli lah. Yelah, kalau nak balik naik flight, mahal pula. Sebagai mahasiswa, kita manalah mampu.

Dah, jangan sedih! Sebab Yayasan Terengganu dah sediakan 12 bas untuk mahasiswa yang belajar di luar negeri untuk pulang beraya dengan keluarga masing-masing secara percuma. Yuhu!

FOTO: Permata

Semua ini dilakukan selepas mendengar keluhan pelajar mengenai kos harga tiket pengangkutan yang tinggi. Bukan itu sahaja, menurut Pegawai Perhubungan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu, Muhamad Khairi Mezah, mahasiswa yang menaiki bas ini juga bakal menikmati hidangan sahur percuma. Amboi, seronok!

Bas ini akan bergerak ke lokasi berbeza pada 31 Mei ini dan dijangka tiba di perkarangan Yayasan Terengganu pada pagi 1 Jun.

FOTO: Permata

Manakala bagi mahasiswa yang tinggal di daerah Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman pula jangan risau. Sebab bas akan hantar korang pulang ke daerah masing-masing.

Maklumat lanjut, korang boleh check out Facebook Permata di universiti masing-masing. Team Dhia ucapkan selamat jalan kepada mahasiswa semua.

Apalagi, boleh la dengar lagu Balik Kampung dan nyanyi ramai-ramai dalam bas. Meriah!

Sumber: Oh Bulan,

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my