Be-You-Ty

Mudahnya mencerahkan puting payudara

Oleh  | 

HARI ni sis nak bincangkan sikit mengenai hal ‘kita-kita ni’. Biasalah menjadi seorang perempuan banyak perjagaan yang kita kena jaga!

Bukan penjagaan muka sahaja kita perlu menitik berat, malah warna puting pada payudara kita pun perlu diambil tahu. Oleh sebab itu, sis nak bantu korang tentang macam mana nak cerahkan puting payudara korang tu.

Lemon

Ya, buah lemon memang terkenal dengan mencerahkan kulit secara semula jadi. Caranya mudah saja, dapatkan air perahan lemon dan campurkan dengan sedikit madu dan yogurt. Gaulkan sehingga sebati dan sapukan pada bahagian puting dan biarkan selama setengah jam. Amalkan sekali seminggu.

via GIPHY

Minyak Zaitun

Minyak zaitun ini bukan hanya dapat membantu melebatkan dan mencantikkan bulu mata kita, ia juga boleh digunakan untuk mencerahkan bahagian puting kita tu. Urutkan minyak tersebut pada puting pada setiap malam, kemudian bilaskan dengan air suam.

via GIPHY

Pelembap

Petrolium gel seperti vaseline ini dicampurkan dengan air perahan lemon sebelum disapukan pada puting payudara. Lakukan tips ini setiap malam sebelum korang tidur, dan biarkan semalaman. Setelah bangun, bersihkan ketika mandi.

Tomato

Buah tomato ini mengandungi vitamin c yang semula jadi, oleh itu ia sangat berkesan untuk memutihkan kulit tanpa menyebabkan keradangan. Hirisan tomato dan urutkan pada puting payudara korang. Biarkan kering sehingga 30 minit. Setelah selesai, bilaskan dengan air bersih. Kalau nak hasil yang cepat, amalkan setiap hari!

via GIPHY

Daun Sirih

Daun Sirih sebenarnya boleh menaikkan kemeriahan warna puting payudara korang tau. Caranya mudah saja, tumbukkan tiga helai daun sirih sehingga lumat, tepekkan pada puting dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilaskan sehingga bersih.

Amalkam setiap hari untuk hasil yang baik. Selamat mencuba!

Sumber:klinikkecantikan.co.id

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my