Inspirasi Dhia

MUDKL: Magis sejarah yang tiada dalam buku teks sekolah

Oleh  | 

JIKA kita membaca buku teks sejarah di sekolah, kita mungkin akan mempelajari tarikh dan peristiwa yang berlaku pada tarikh itu.

Namun, kita tidak dapat merasai emosi sebenar sesuatu keadaan yang tercatat dalam buku itu. Ia terasa begitu jauh kerana terlalu ‘kering’ diceritakan sehingga sukar untuk kita mencintai dan menghayatinya.

Maka itulah sebabnya produksi bernama Enfiniti Production hadir mengetengahkan seni teater yang boleh membawa seseorang memperhalusi dan menjiwai rentetan peristiwa yang benar-benar terjadi di kota Kuala Lumpur beberapa tahun sudah. Melalui  MUD: Our Story of Kuala Lumpur (MUDKL), mereka membawakan sejarah terciptanya Kuala Lumpur iaitu dada yang membawa degup tulen masyarakat Malaysia hari ini ke pentas teater.

Istimewa untuk kali ini, watak utama teater ini digerakkan oleh kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah dari Enfinito Juniors (EFTJ). Apabila ia dilakonkan oleh kanak-kanak, kita dapat melihat ia lebih tulus dan jujur menceritakan perpaduan kaum di Kuala Lumpur kerana mereka mempunyai keajaiban berbeza dalam pembawakkan emosi.

Kuala Lumpur  tidak hanya dibina oleh satu bangsa sahaja. Teater ini mendedahkan untuk membina Kuala Lumpur, ia dibangunkan oleh semangat dan keringat semua bangsa. Saya sempat berbual dengan pelakon teater ini iaitu Wafiy Irfan, Joe Timothy Low, Charmaine dan Alden untuk bercakap lebih tentang mesej di dalam teater ini.

Persahabatan berbilang bangsa bukan sekadar di pentas lakonan

Ternyata hubungan akrab antara pelakon cilik ini tidak hanya untuk tatapan pengunjung di dalam dewan. Tapi persahabatan mereka sememangnya rapat walaupun di luar panggung atau sesi latihan.

“Kita semua satu. Kita semua bersama-sama. Walaupun berbeza budaya dan bangsa, kami sayang antara satu sama lain” kata pelakon kanak-kanak ini sambil memeluk bahu masing-masing. Saya terharu.

“Kalau kita melihat keadaan dalam cara pandang yang lebih besar, keadaan akan menjadi lebih baik jika kita hidup dalam keadaan yang harmoni” tambah Charmaine.

Menurut Alden, kita boleh menjadi India, Cina, Kadazan, Melayu atau Punjabi. Tapi dalam hati, kita semua sebenarnya adalah ‘Malaysian’.

Bercakap tentang babak kegemaran mereka dalam teater ini, ia mengejutkan apabila  mereka berkongsi favourite scene yang serupa.

“Bahagian kita membina Kuala Lumpur selepas bencana adalah scene kegemaran kami. Waktu itu semua bertungkus lumus meletakkan batu-bata tapi hujan lebat membuatkan usaha itu tidak menjadi. Itu adalah scene yang paling sedih dan beremosi untuk kita semua” ujar Wafiey yang juga membawa watak Mamat dalam teater ini.

Perpaduan kedengaran sedikit lesu setelah banyak isu kaum dibangkitkan dalam negara kita akhir-akhir ini. Namun MUDKL membawakan magis dan harapan baru untuk membawa kembali rasa cinta  merentasi kaum dan budaya.

Teater MUDKL sudah mula dipentaskan di Menara Ken TTDI bermula 14 sehingga 22 Disember ini. Maklumat lanjut boleh klik sini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my