Serious?!

Muhammad Sajjad sedia beri kerjasama berhubung isu identiti

Oleh  | 

BARU-BARU ini negara kita kecoh dengan kes Nursajat menunaikan umrah dimana ia mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen sehingga lah orang-orang ternama.

Selama ini juga ramai yang mempertikaikan identitinya dimana ada yang menyatakan dia merupakan seorang khunsa dan ada juga kenyataan dia merupakan seorang perempuan.

Mengikut sumber menyatakan Sajjad bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu identitinya yang sebenar. Sebelum ini Sajjad mengeluarkan kenyataan diamana dia dilahirkan sebagai seorang khunsa dan kenyataan tersebut turut di setujui oleh kedua orang tuanya.

Foto:media.thestar.com.my

Sebelum ini, sumber menyatakan dia agak kecewa dengan alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa dimana mereka mendakwa isu tersebut dikelaskan sebagai berprofil tinggi. Selain dari itu, Sajjad turut meminta panduan yang jelas mengenai isu pengesahan identiti.

Di samping itu, Sajjad juga turut menyatakan ibu bapanya juga turut sedia untuk memberi kerja sama dalam menyelesaikan isu ini.

Sis harap dengan kerjasama ini, isu pengesahan identiti Sajjad yang sebenar ini dapat membantu memberi penjelasan yang baik.

Sumber: MetroTV

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my