D-Life

Muka dah cantik tapi vagina bau ikan masin, Choyy!

Oleh  | 

GIRLS, sebagai perempuan, aset yang paling penting dalam diri bukan sahaja wajah, tapi vagina pun penting juga. Kalau korang boleh ambil berat tentang muka korang, benda yang sama korang kena buat untuk private part korang. Ini kerana, kalau kita gagal menjaga kebersihan vagina, ia boleh mengundang penyakit yang tak diingini.

Bau vagina adalah berbeza-beza bagi setiap orang. Kalau vagina yang agak berbau sebenarnya normal terjadi. Tapi kalau dah sampai bau menusuk lain macam, mungkin ia petanda vagina korang dah mengalami masalah kesihatan tertentu.

Sebenarnya, ada sebab kerana vagina korang berbau. Berikut adalah tanda-tandanya.

via GIPHY

Jarang bersihkan

Kalau korang tak suka bersihkan vagina, ia boleh menyebabkan pembiakan kuman dan bakteria. Lebih-lebih lagi kalau lepas bersukan, period atau lepas melakukan hubungan intim. Jadi rajinkanlah diri memakai seluar dalam yang menyerap peluh, dan sering mengganti seluar dalam.

Ganti pad

Darah period yang bercampur dengan bakteria boleh menyebabkan iritasi, kegatalan dan bau yang sumpah tak best! Jangan jadi pemalas. Silalah ganti pad setiap 4 hingga 8 jam.

via GIPHY

Salah pakai seluar dalam

Pakai seluar dalam yang terlalu ketat pun boleh buat kulit kita gatal-gatal. Peluh akan terperangkap di dalam vagina yang lembap. Jadi, bakteria boleh membiak dan merebak sehingga menyebabkan vagina berbau.

via GIPHY

Hormon berubah

Hormon boleh menjadi salah satu sebab, geng. Hormon boleh berubah setiap kali korang period, menopause, dan banyak lagi.

Makan

Apa yang kita makan boleh mempengaruhi bau vagina. Antara makanan yang boleh menyebabkan vagina berbau ialah cabai, lada, bawang putih, dan rempah. Jadi lepas ini boleh kawan atau kurangkan pengambilan barang-barang ini.

Baiklah, itu sahaja yang sis boleh kongsikan. Jangan lupa share artikel ini kepada kawan-kawan korang.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my