Be-You-Ty

Muka muda lagi tapi kaki macam orang dah berumur. 5 cara nak rawat tumit pecah dan kering!

Oleh  | 

SETIAP orang mempunyai jenis kulit yang berbeza dan oleh sebab itu penjagaan kulit juga haruslah bersesuaian dengan jenis kulit. Sis faham bagi kita perempuan ni memang la nakkan kulit yang cantik.

Kulit yang cantik tu pulak tak semestinya hanya pada mukakan? Kalau boleh nak kulit cantik sampaikan ke hujung kaki tu sekali. Tapi ada sis pernah perasaan ada ayng diantara kita yang muda lagi ni mempunyai kulit yang retak di bahagian tumit tu.

Muda lagi dah retak tumit tu mengalahkan orang yang dah berumur. Jadi hari ini sis nak tolong korang macam mana nak rawat tumit pecah dan kering tu.

Losyen

Korang kena tahu apa puncanya terlebih dahulu. ada banyak punca kenapa kaki korang tu jadi kering. Antaranya kurang minum air, permakanan yang tidak sihat dan sering merendamkan kaki dalam air panas. Jadi untuk melawan bbalik, korang gunakan losyen pelembap dan sering sapukan pada kaki sebelum tidur.

Minyak

Kalau korang tak suka memakai losyen, korang boleh gunakan minyak yang bersesuaian seperti minyak zaitun. Terdapat beberapa lagi jenis minyak yang korang boleh sapukan pada bahagian kaki yang kering tu. Seperti minyak kelapa atau minyak almond.

Lemon+garam

Caranya mudah sahaja, korang isikan besen dengan air suam dan campurkan air perahan lemon dan sedikit garam atau baking soda. Rendam dalam 10 minit untuk bahan0bahan ini menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kaki.

Belimbing

Bukan buah belimbing yang biasa tu ya, maksud sis belimbing buluh yang kecil tu. Belimbing jenis ini agak popular dalam perubatan tradisional. Cara nak rawat mudah sahaja, korang hanya perlu ambil beberapa biji buah belimbing ini dan hancurkan. Setelah dihancurkan, korang gosokkan pada bahagian tumit selama beberapa minit. Amalkan setiap minggu untuk hasil yang halus dan licin.

via GIPHY

Tepung beras+madu

Untuk mengekalkan kelembapan pada tumit kaki tu, korang campurkan sedikit tepung beras bersama madu sehingga ia terjadi satu pes yang likat. Gosokkan pada tumit selama 10 minit sebelum membilasnya dengan kering. Untuk hasil yang cepat, amalkan dengan kerap.

via GIPHY

Sumber:Siraplimau.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my