Inspirasi Dhia

“Mulakan satu langkah kehadapan, walaupun kecil…” Pesanan Miss Universe 2018 ini boleh bikin terharu

Oleh  | 

BARU-BARU ini berlangsungnya acara Miss Universe 2018 yang menampilkan ratu cantik dari pelbagai negara.

Kali ini, Catriona Gray dari Philipina dinobatkan sebagai Miss Universe 2018 sekali gus membawa pulang mahkota kemenangan mengalahkan 93 peserta lain.

Menurut Catriona melalui akaun rasmi miliknya, kemenangan ini adalah hadiah kepadanya buat semua rakyat Philipina yang selalu menyokongnya.

“Ia sebuah perjalanan yang sangat luar biasa. Dari hari pertama di Januari saya diumumkan sebagai peserta di Binibining Pilipinas. Filipina, kalian tidak henti-henti memberi inspirasi, memberi kekuatan dan semangat.

“Saya tidak meminta apa-apa melainkan melakukan sesuatu yang boleh membuat kamu bangga sebaik mungkin sebagai hadiah hari Natal yang terbaik untuk negara saya”

Catriona sangat menyukai muzik dan seorang yang kreatif.  Maka, tidak hairanlah jika Miss Universe ini bijak melakukan hal yang berkaitan seni seperti drama, melukis dan bernyanyi.

Bukan itu sahaja, Catriona turut aktif sebagai seorang pengacara, penyanyi, model dan pelakon.

Menyandang gelaran Miss Universe 2018 bukanlah sesuatu yang mudah, banyak ujian dan cabaran terpaksa dihadapinya. Namun, mujur dia selalu menerima sokongan dan kata-kata semangat daripada keluarganya.

“Ayah saya selalu berpesan, setiap perjalanan di dunia mempunyai satu langkah kecil.

“Mulakan satu langkah ke hadapan walaupun kecil. Lama-kelamaan kamu akan berjaya mengecapi semua yang kamu inginkan.” katanya.

 

 

Sumber: CNN 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my