Serious?!

‘Mungkin rezeki kita di masa akan datang’ – Kapten Harimau Malaya

Oleh  | 

WALAUPUN terlepas peluang menjulang  Piala AFF Suzuki dengan agregat 2-3, Harimau Malaya tetap menjadi juara di hati rakyat Malaysia atas semangat mereka berjuang hingga ke pentas final.

Melalui sebuah video di Instagram Hot Fm, Kapten skuad Harimau Malaya Mohd Zaquan Adha bagaimanapun  sempat mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat malaysia yang tidak berbelah bagi.

“Saya mewakili pasukan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kerana anda menyokong daripada awal bermulanya kempen Suzuki Cup sehingga final.

“Jasa anda tidak terbalas, kami sangat menghargai sokongan anda.

“InsyaAllah rezeki kita di masa akan datang” katanya.

Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram milik Zaquan, dia sekali lagi mengucapkan  terima kasih kepada semua penyokong.

“Tq friends/teammates ,coaches atas peluang dan kerjasama terbaik. pengalaman yang paling terindah sepanjang bergelar Pemain Bola Sepak.

“Terima kasih atas sokongan seluruh menyokong Harimau Malaya. Kami telah melakukan yang terbaik. Syukur Alhamdulillah Rezeki Allah sampai ke tahap ini.

“Mohon ampun dan maaf kekurangan dari saya Zaquan Adha selaku captain Malaysia.

“Yang terbaik hanya datang dari Allah.” katanya.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my