Inspirasi Dhia

Mungkinkah kamu mempunyai ‘anxiety’ tanpa sedar? Jom semak ciri-cirinya

Oleh  | 

TIADA siapa yang meminta hidupnya akan dibelenggu oleh kesakitan. Apalagi jika ia tidak terlihat secara fizikal namun cukup bahaya untuk membuatkan hidup kamu terganggu.

Penyakit yang berkait dengan kesihatan mental boleh menyebabkan kamu berkelakuan aneh berbanding orang biasa. Jika penyakitnya sudah teruk, kamu boleh kehilangan hubungan dengan alam nyata.

FOTO: Unsplash

Bukan hanya wajah yang perlu kamu ambil tahu. Kamu juga wajib mengambil berat mengenai kesihatan mental kamu. Ini kerana sakit mental boleh berulang-ulang sepanjang hayat seseorang.

Ia adalah sesuatu yang normal jika kau berasa cemas dan risau setiap kali hendak bertemu seseorang. Namun, sekiranya kamu terlalu cemas berlebihan dan jantung kamu berdetak tersangat kencang atau mengalami mana-mana simptom seperti dinyatakan di bawah,  maka kamu perlu periksa keadaan diri kamu.

Takut tiba-tiba

Jika kamu takut lipas itu perkara biasa. Tapi kalau kamu berasa takut tiba-tiba tanpa alasan yang tidak boleh dijelaskan logik akal. Maka kamu perlu berhati-hati. Jika keadaan semakin membimbangkan seperti kamu takut untuk keluar rumah, atau hujan dan ketinggian sehingga memaksa kau menyorokkan diri di dalam bilik. Pergilah berjumpa pakar untuk berbincang mengenai perkara ini.

Masalah sewaktu tidur

Kamu selalu terfikir masalah kamu sehingga terfikir-fikir ke tempat tidur. Kamu berasa cemas dan susah hati menyebabkan kamu susah untuk tidur selagi masalah itu tidak selesai. Sebagai contoh, kamu dan kawan kamu disaman. Kawan kamu tenang sahaja namun kamu pula seperti terbayang-bayang kesalahan itu dan dihantui perkara itu selagi belum selesai.

Panik

Akibat daripada diri kamu yang selalu cemas itu, kamu mengalami perkara seperti sesak nafas, jantung berdegup kencang, berpeluh atau lekas kepanasan. Jika kesemua ciri ini berulang-ulang menghantui, kamu mungkin mengalami panic disorder.

Overthinking

FOTO: Unsplash

Semua orang memang inginkin kerja yang sempurna. Namun jika kamu terlalu perfectionist apalagi terhadap diri sendiri dengan mempersoalkan adakah kamu sudah cukup bagus atau tidak. Rasa cemas yang berterusan ini akan menyebabkan gangguan kebimbangan yang berterusan

Penyakit mental bukanlah sesuatu yang malu untuk diakui. Sekiranya kamu mempunyai ciri-ciri di atas berjumpalah pakar bagi mendapatkan rawatan. Kami bersama kamu!

Sumber: everydayhealth

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my