D-Life

Nah! 5 cara nak halau orang suka gossip sebab, who cares?

Oleh  | 

SUASANA sangat penting untuk buatkan kita bernafas dengan lebih tenang. Tapi kalau suasana kita dikelilingi dengan gosip dan toksik sahaja, sumpah tak best. Yelah, awal pagi lagi dah dengar orang mengumpat sana sini. Mula-mula mungkin korang rasa seronok tapi lama kelamaan korang akan sedar yang ia sangat tidak sihat untuk membuatkan korang hidup lebih baik dan positif.

Sebenarnya gossip ni bukan sahaja menyakiti hati orang yang digossip tapi juga menunjukkan seseorang itu sangat biadap dan tidak matang untuk mengendalikan setiap masalah dalam hidupnya. Bayangkan bila orang yang digossip itu dapat tahu, mesti hati dia remuk, kan? Jadi, ini ada bebetapa benda yang korang boleh buat untuk pastikan diri sendiri tidak terjerumus dalam kitaran serba negatif ini.

via GIPHY

Benda patut simpan sendiri kan?

Benda yang patut semua orang sedar ialah tak semua benda personal kita adalah menarik untuk dikongsikan. Semakin banyak kisah peribadi yang kita ceritakan dekat orang lain, semakin banyaklah benda yang orang nak bercakap tentang kita. Jadi, lepas ni kalau nak cerita benda peribadi, ceritalah dekat orang yang korang boleh percaya dan rapat sahaja.

Motif kau cerita kat aku?

Mahu terkejutnya minah bawang kalau korang tanya soalan macam ni depan muka dia. Dia mesti tak tahu nak jawab apa. Lepas ni, kalau nak gossip mesti dia dah tak berani nak datang dekat korang.

via GIPHY

Tukar benda negatif jadi positif

Kalau korang bukan jenis yang berani nak tanya soalan tadi dekat kaki gossip. Korang boleh buat cara yang berhemah seperti menukarkan perbualan tersebut sebagai sesuatu yang membina. Lepas dia kutuk orang tu, korang mencelahlah, “Tapi sekurang-kurangnya dia tak teruk sebab bla bla,”

Pura-pura sibuk

Okay, ini benda yang sis selalu buat. Malas nak layan. Kadang-kadang sis akan pasang headphone sebagai petanda

“Berambus sana, aku tak nak dengar,”

Jadi, dia sekurang-kurangnya akan berhenti dan tak merepek lebih lama untuk mengumpat.

via GIPHY

Tak payah nak contribute apa-apa

Kalau tak ada orang yang menokok tambah, perbualan itu pun tak akan menjadi panjang. Jadi, apa yang korang boleh buat ialah diam sahaja. Jangan tambah apa-apa kepada perbualan tersebut.

Abaikan, abaikan, dan abaikan

Korang boleh je nak senyum bila dengar orang mengumpat. Jangan respon. Mesti orang yang suka mengumpat tu akan penat sendiri dan menyedari dia rupanya dah buang banyak masa.

Apa yang penting ialah, kita kena menyedari bahawa kita ada banyak benda baik untuk kita beri perhatian setiap hari. Tak berbaloi langsung kalau masa kita yang sangat berharga itu dihabiskan dengan sibuk mengumpat hidup orang lain. Tak classy langsung tau perangai macam tu. So, better not, girl!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my