D-Life

Nah, cara mudah nak buat Dark Mode dekat Instagram

Oleh  | 

SEBELUM ini Twitter sahaja yang mempunyai Dark Mode di dalam aplikasi mereka. Mod gelap ini sebenarnya sangat membantu dan memudahkan kita melayari laman sosial tanpa sakit mata akibat cahaya yang terlalu terang.

Namun Instagram nampaknya telah pun melakukan perkara yang sama untuk para penggunanya baru-baru ini. Nak tahu macam mana mod gelap ini berfungsi? Baca sampai habis tau.

Bukan hanya untuk Iphone

Siapa kata hanya untuk Iphone sahaja? Dark Mode ini pun boleh diakses oleh pengguna  android 10 tau. Tapi perlu diingatkan kalau korang pengguna iOS 13, korang tak boleh sesuka hati menghidupkan atau mematikan mod gelap tau.

via GIPHY

Perlu naik taraf terbih dahulu

Bagi pengguna Iphone, korang perlu kemaskini peranti kepada versi iOS terbaharu iaitu 13. Lepas itu korang pun kena kemas kini aplikasi Instagram ke versi terkini menerusi App Store.

via GIPHY

Mata lebih sihat

Versi Dark Mode boleh membuat korang menatap skrip Instagram lebih lama terutama kalau korang jenis yang tengok media sosial sebelum tidur. Setakat ini Facebook belum lagi mempunyai mod gelap  namun tak mustahil kalau di masa depan Facebook pun dah boleh mempunyai fungsi yang sama.

via GIPHY

Ha, jadi lepas ni kita dah tak sakit mata kalau nak stalk Instagram crush sampai tengah malam. Jom tukar!

Sumber: Hangat

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my