Serious?!

Nah, Ini dia 5 lagu paling trending sepanjang 2019 menerusi carian Google!

Oleh  | 

BEBERAPA hari sahaja lagi sebelum kita semua melangkah ke tahun baru. Google baru sahaja melancarkan laporan Year In Search 2019. Kalau korang nak tahu, laporan ini istimewa tau sebab ia akan menyatakan apakah benda yang trending sepanjang setahun ini.

Bukan itu sahaja tau, bedasarkan kepada laporan ini juga, kita dapatlah tengok antara topik dan carian yang semakin popular kalau nak dibandingkan dengan tahun yang sudah.

Antara topik berkaitan muzik semestinya menjadi antara yang ditunggu-tunggu. Ada banyak lagu baru yang muncul tahun ini. Jadi, berikut ialah antara senarai top 5 lagu paling trending setahun ini menerusi carian Google.

Senorita

Mimpi

Memories

Kill This Love

7 Rings

Kalau kita tengok senarai lagu yang trending. Nampaknya muzik-muzik luar negara  masih menjadi pilihan terbanyak rakyat Malaysia menerusi Google. Hanya lagu K Clique yang berjaya menembusi antara senarai ini top 5 ini.

Tidak hanya lagu berbahasa Inggeris yang menduduki carta. Lagu Korea juga antara yang terkenal di Malaysia. Ini menandakan kita sudah terbuka mendengar muzik bahasa lain dengan lebih serius.

Jadi, ada tak antara senarai ini yang berjaya menjadi lagu wajib dengar korang setiap hari?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my