Be-You-Ty

Nah! Ini resepi ‘air lemon ajaib’ nak bagi perut tak buncit

Oleh  | 

Bukan hanya wajah yang cantik boleh memberi keyakinan kepada kita. Perut yang tak buncit pun salah stau daripadanya. Apa yang bahaya tentang perut buncit ini ialah lemak yang dipanggil sebagai visceral.

Ia sebenarnya adalah lemak yang boleh menutupi organ penting dalam badan kalau korang tak jaga. Salah satu cara yang paling mujarab nak hilangkan lemak ini ialah dengan minum air lemon. Sebabnya, air lemon ini kata dengan antioksidan dan boleh juga memperbaiki metabolisme untuk kurangkan lemak kat perut korang tu.

via GIPHY

Caranya, korang ambil air suam lepas tu perahkan sedikit lemon. Kalau korang minum ini setiap pagi, ia boleh bantu sistem pencernaan dan metabolisme badan untuk bakar lemak lebih cepat. Kandungan yang ada dekat lemon pula boleh bantu bakar lemak dekat perut.

Pastikan korang minum air lemon itu sebelum korang makan apa-apa tau. Ia akan mengawal nafsu makan korang dan seterusnya dapatlah kurangkan lemak dekat perut korang nanti.

via GIPHY

Pakar diet Orlando Health, Gabriella Mancella pun ada cakap yang kunci nak buat perut hilang lemak ni bukan takat minum air lemon sahaja tau.

Korang juga kena makan makanan yang sihat dan seimbang. Contohnya lepas minum air lemon tu, korang makanlah sesuatu yang kaya dengan protein iaitu telur rebus.

Ingat tau, nak kurus tak semestinya kena minum lemon sahaja. Jangan lupa untuk mengambil pemakanan yang seimbang dan juga bersenam.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my