Serious?!

Najis berdarah? Ini puncanya yang korang kena tahu

Oleh  | 

PERMAKANAN kita kadang kala memang tidak teratur. Tambahan pula bagi korang yang busy dengan kerja atau belajar, Nak jaga makan lagi lah susah!

Pemilihan makanan yang sihat pun jadi terhad. Memang banyak makanan yang ada dalam negara kita ni, tapi nak pilih makanan yang diperlukan oleh badan tuyang menjadi susah.

Bila permakanan tak betul “hasil” yang keluar tu pun jadi tak elok. Jika korang ada buang air besar dan ternampak darah pada najis, jangan panik dulu, Meh sini baca, sis kongsikan dekat korang antara-antara sebab yang mungkin boleh menjadi punca.

Fissure dubur

Antara salah satu kes yang agak biasa terjadi adalah masalah pendarahan rektum yang banyak dialami oleh masyarakat. Hal ini kebiasaanya merujuk kepada luka atau koyak di bahagian mucosal, permukaan subur. Permukaan yang lembut itu, apabila terkoyak akan menyebabkan kesakitan dan berdarah. Berpunca akibat membuang air besar dan najis yang keras, cirit-birit yang kronik, anal intercourse dan bersalin.

Buasir

Buasir adalah pembuluh darah yang bengkak di dalam rektum atau anus. Tanda-tanda buasir adalah, sakit pada bahagian anus dan gatal-gatal. Jika teruk boleh sampai berdarah. Jika korang yang ada buasir tu memang biasa berdarah dan sakit untuk membuang air besar.

Jumpa doktor

Sebaik-baiknya untuk korang pergi berjumpa dengan doktor supaya korang dapat elakkan keadaan menjadi lebih teruk. Bukan itu sahaja ada juga beberapa perkara yang korang perlu lakukan dari segi pengambilan makanan yang sihat.

via GIPHY

Minum air secukupnya

Pastikan korang minum air secukupnya. Kekurangan air merupakan salah satu faktor utama dalam masalah sembelit dan buasir. Tak perlu nak tunggu haus baru nak minum!

Serat

Bukan itu sahaja, dari segi permakanan pula, korang wajib amalkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran yang cukup pada setiap hari. Hal ini disebabkan penting untuk menggalakan sistem pencernaan yang baik. Sekaligus dapat cegah sembelit dan kanser usus besar!

via GIPHY

Semoga artikel ini dapat membantu korang untuk hidup dengan cara yang lebih sihat, setiap hari!

 

 

 

Sumber:FreeMalaysiaToday

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my