D-Life

Nak baca minda orang? Guna soalan-soalan psikologi ini!

Oleh  | 

KORANG mesti ada kawan yang rapat dan pernah having a deep conversation atau borak deep dengan diorang kan? Apa maksud borak deep merupakan perbualan yang berkaitan tentang falsafah hidup dan saling bertukar pandangan tentang sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Menurut kajian, pada ketika ini ‘borak deep’ menjadi salah satu cara untuk mengenali personaliti orang dengan lebih tepat.

Dhia ada beberapa soalan psikologi menarik yang boleh korang ajukan kepada rakan-rakan korang. Pasti korang akan dapat jawapan yang pelbagai dan dari jawapan mereka lah korang boleh tahu apa yang berada dalam fikiran mereka!

Soalan-soalan seperti ini biasanya perlu dijawab dengan hujah dan tidak boleh dijawab dengan menggunakan ya atau tidak sahaja. So, boleh korang tanyakan kepada rakan-rakan korang ketika sesi ‘borak deep’ korang nanti. Mesti jawapannya pun akan mengejutkan!

Adakah korang akan membuka sampul surat yang mengandungi tarikh kematian korang? 

Dengan mendengar jawapan daripada mereka, korang akan ketahui tahap fatalisme dan sikap diorang terhadap kehidupan secara umum. Ha! Menarik bukan. Pada masa yang sama rasa seram pun ada dengan soalan macam ni.

Adakah korang akan berkawan dengan diri sendiri? 

Jawapan yang diberikan diorang boleh memberitahu korang tentang harga diri, kekuatan dan kelemahan diorang, serta betapa menariknya diri  mereka. 

Jika korang dapat melihat status, kekayaan dan tahap kebahagiaan orang, adakah korang akan mengambil peluang itu? 

Jawapan yang diberi boleh menandakan seseorang itu mengambil peduli atau tidak tentang nilai manusia dan keutamaan mereka. Boleh juga tengok diorang ni suka pergunakan orang atau suka mengambil kesempatan ke atas orang lain. Dah tahu jawapan diorang, fikir-fikir semula diorang ni kawan yang baik atau tidak.

Apa yang membezakan korang dengan orang lain? 

Kita boleh menilai harga diri seseorang dan keunikan personaliti menerusi jawapan yang mereka berikan. Walaupun korang boleh menilai dia tetapi bagi dia jawab dahulu soalan korang ni. Dari sini boleh tengok dia seorang yang mempunyai keyakinan diri atau seorang yang perasan semata-mata.

Adakah korang akan berterus terang dengan pasangan kalau korang pernah menipu?

Jawapan mereka menunjukkan tahap moral dan sikap mereka terhadap orang lain. Mungkin soalan ni sangat berguna untuk korang sebagai kawan. Kalau orang tersayang pun diorang boleh menipu apatah lagi korang sebagai kawan ni. Aduhh. Hati-hati tau!

Jika wanita dan lelaki hidup dalam dua planet yang berlainan, apakah yang akan berlaku kepada planet itu? 

Jawapan yang mereka berikan menunjukkan mereka merupakan orang yang mempunyai stereotaip atapun suka mengikut logik akal. Kadang-kadang soalan macam ni menguji kreativiti orang. Jangan terkejut kalau dapat soalan tak masuk akal. Kalau jawapan diorang buat korang pecah perut, percayalah personaliti kawan korang ni mungkin seorang yang suka berjenaka gitu.

Jika kebahagiaan adalah duit, apakah pekerjaan yang korang pilih? 

Jawapan yang diberikan menunjukkan harapan dan impian mereka dalam kehidupan.

So, dah bersedia untuk ajukan soalan-soalan ini kepada rakan korang? Mesti korang akan jumpa jawapan yang pelbagai daripada mereka. Ha, dengan soalan-soalan inilah korang boleh kenal sahabat korang dengan lebih mendalam.

Soalan-soalan psikologi ini juga sebenarnya boleh diajukan kepada someone yang baru kita kenali untuk mengetahui tentang keperibadian mereka. Selamat mencuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my