Inspirasi Dhia

Nak ber jaya? 5 wanita ini boleh dijadikan sebagai idola

Oleh  | 

BETUL ke orang cakap kalau nak berjaya kita perlukan seseorang untuk dijadikan contoh atau idola?

Menjadikan seseorang sebagai idola amat memainkan peranan dalam kehidupan kita, terutama apabila kita ingin menjadikannya sebagai pembakar semangat demi mencapai kejayaan.

Demi mengenang pengorbanan dan kejayaan kepada wanita. Sis nak kongsikan 5 wanita buatan Malaysia yang telah menggegarkan negara dan dunia.

Vanajah Siva

Korang ingat tak pada tahun 2006 kita telah menghantar angkasawan pertama ke luar angkasa? Kalau korang nak tahu wanita ini adalah calon tunggal wanita untuk dilepaskan ke angkasa yang akhirnya berpihak kepada Dr. Sheikh Muzaphar Shukor. Wow! Bukan biasa-biasa guys.

Dr. Amalina Bakri

Siapa yang tak kenal dengan bekas pemilik keputusan SPM 17A1 yang berasal dari kelantan ini. Diberi gelaran beauty with brain Dr Amalina Bakri telah disenaraikan sebagai antara 10 doktor pakar pelatih surgerikal terbaik di United Kingdom.

Neelofa

Walaupun Neelofa sering dikaitkan dengan gossip murahan tapi masih tidak boleh dinafikan kelayakan beliau untuk berada dalam list ni. Neelofa juga membuktikan wanita yang berhijab mampu menembusi pasaran antarabangsa apabila beliau telah dilantik untuk menjadi duta kepada jenama Swarovski dan Lancome. Neelofa merupakan wanita muslim berhijab pertama bagi kedua-dua jenama tersebut.

Heidy Quah

KUALA LUMPUR 30 JUNE 2017. Heidy Quah, a 23-year-old who is the sole Malaysian this year received a Young Leaders Award from Queen Elizabeth II at Buckingham Palace as recognition for her work in helping refugees. NSTP/Royalfamily live feed

Bagi yang tak mengenali wanita kecil berjiwa besar ini, Heidy merupakan pengasas kepada NGO Refuge For The Refugees (RFTR) yang memperjuangkan hak-hak kepada pelarian Myanmar dengan memberikan pendidikan asas kepada mereka. Perjuangan beliau telah diiktiraf sehingga menerima anugerah pemimpin muda The Queen’s Young Leader Award di Istana Buckingham, London pada Jun 2017.

Dr Wan Wardatul Amani

Beliau merupakan wanita pertama dari Malaysia yang melancarkan satelit pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Beliau telah dilantik sebagai Principal Investigator bagi projek NASA Small Satellite yang telah dilancarkan pada tahun 2014. Fuhh hebat!

 

Respect! Bukan senang untuk mengukir nama di mata dunia kan? Tahniah kepada wanita-wanita yang tidak pernah berhenti untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

 

Penulis: Gee Muhamad

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my