Serious?!

Nak berlakon macam dalam filem seram? Ini lah tempat untuk korang

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Hari ini sis nak kongsikan dekat korang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan! Pengalaman seram, pengalaman thriller, pengalaman kena kejar dan pengalaman yang cukup untuk menaikkkan bulu roma!

Bermula dengan diberikan satu kunci dan didaftarkan ke dalam sebuah bilik yang tujuan asalnya hanya untuk menikmati percutian dari kehidupan yang sibuk!

Satu panggilan yang berbaur misteri dan penuh dengan tanda tanya sampai ke tangan kami dalam berbentuk se buah poskad. Poskad yang diterima adalah daripada salah seorang ahli keluarga sendiri pulak tu!

Poskad tersebut siap mempunyai kesan darah sehinggakan tulisan yang berada di dalam poskad tersebut dilitupi dengan titik merah tadi.

Sis harungi satu pengalaman yang memang rasa macam kita berlakon dalam sebuah movie seram! Sis dan team dibawa mengharungi satu perjalanan yang memerlukan kami semua menyelesaikan sebuah misteri kehilangan seseorang.

Konsep thriller ini membawakan kami jauh kebelakang iaitu pada tahun 1957, di mana tahun kemerdekaan Malaysia. Pengaruh Inggeris pada ketika itu masih lagi kuat, jadi pertuturan pun turut berbahasa Inggeris!

Foto:https://ihauntu.com/

Bukan itu sahaja beb, Sis dan team juga dibantu oleh beberapa orang yang turut terperangkap dalam tu dan yang paling tak sangka, ada pula ritual yang kami terpaksa lalui dalam gelap!

Banyak lagi benda yang jadi sis nak kongsikan dekat korang, tapi sis rasa lebih baik korang rasai sendiri pengalaman berada dalam HauntU tu, dan memang rugi la kalau korang tak try.

Sis sarankan dekat korang kalau korang memang tengah cari pengalaman yang ala-ala pengembaraan bertemakan seram dan thriller, HauntU ini memang sangat sesuai. Harga pun berbaloi tau!

Okay sis malas nak cakap banyak, korang tengok sendiri reaksi kitorang dalam video ni. Jangan lupa untuk like dan subsribe okay!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my