Be-You-Ty

Nak ‘blusher’ tahan lama di pipi? Ini caranya!

Oleh  | 

PEMERAH pipi ataupun blusher sememangnya menjadi salah satu perkara penting dalam solekan. Rasa tak lengkap solekan kita tanpa mengenakan blusher kan? Tetapi kebiasannya blusher di pipi kita takkan bertahan lama. Lebih-lebih lagi apabila kita berpeluh dan kulit kita berminyak. Memang leceh la kalau setiap beberapa jam kita perlu touch up semula blusher kita betul tak girls?

Sebenarnya ada cara yang efektif untuk pastikan blusher kita tahan lama di pipi. Korang nak tahu tak? Pertama sekali, gunakan primer sebelum memulakan solekan. Primer berfungsi untuk mengawal minyak berlebihan pada wajah kita. Jangan pernah lupa untuk apply primer pada wajah korang sebelum bersolek tau kerana primer sangat membantu untuk blusher bertahan lama sepanjang hari.

Selain daripada menggunakan primer, cara lain untuk memastikan blusher kita tahan lama di pipi adalah dengan menggunakan teknik layer blush. Blusher boleh didapati dalam dua jenis iaitu cream blusher dan powder blusher. Teknik ini sangat membantu untuk mengekalkan warna blusher sepanjang hari. Aplikasikan blusher bertekstur krim dahulu sebelum menggunakan powder blusher. Confirm tahan lama punya bila buat layer blush!

Setting spray sememangnya berfungsi untuk menjadikan solekan kita tahan lama. Spray wajah korang dua atau tiga kali selepas bersolek untuk pastikan blusher dan solekan korang tahan lama. Mudah je kan? So lepas ni korang tak perlu nak touch up banyak kali lagi. Dengan cara ni sahaja korang dan boleh jimat masa untuk bersiap. Selamat mencuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my