D-Life

Apa nak buat masa malam pertama? Ini detik paling cemas buat pasangan muda!

Oleh  | 

BERKAHWIN memang satu perkara yang menyeronokkan. Boleh pilih baju pengantin yang lawa-lawa, dapat hantaran yang mahal-mahal atau dapat bersanding atas pelamin mengikut konsep yang korang idam-idamkan selama ni. Tapi itu semua persiapan masa bersanding. Macam mana pula persiapan malam pertama korang?

Malam pertama adalah satu perkara yang dinanti-nanti. Lebih-lebih lagi setelah puas bercinta kini korang dan pasangan dapat tinggal bersama dalam ikatan yang sah. Tak kisahlah berapa lama korang kenal pasangan korang, team Dhia percaya detik inilah yang paling mencemaskan dan memalukan dalam hidup korang. Oh no! Apa nak buat? Untuk korang yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan weekend ni, elok sangatlah baca!

Mandi

Setelah mengharungi proses pernikahan sehinggalah kenduri kecil bersama keluarga dan saudara terdekat, ambil sedikit masa untuk berehat. Jangan lupa untuk mandi supaya diri tu berasa lebih segarkan. Bila dah mandi tu, letakkan sedikit wangi-wangian sebagai tanda atau hint kepada pasangan yang korang sudah pun bersedia.

Berbual-bual

Jangan rakus sangat girls! Berbual-bual dahulu seperti biasa di atas katil. Takut pasangan korang belum mahu lakukannya. Tak tahu nak berbual apa? Boleh luahkan rasa kesyukuran di atas majlis yang berjalan lancar. Mungkin boleh cerita momen-momen yang melucukan dari sebelah keluarga ataupun reaksi rakan baik korang sewaktu majlis tadi.

Dakap dan cium pasangan

Ucaplah terima kasih sambil mendakap pasangan korang, barulah dapat menaikkan suasana romantis gitu! Jika respon pasangan korang positif teruskan dengan ucapan-ucapan mesra. Tapi korang kenalah tatap muka pasangan korang, barulah nampak ikhlas. Lelaki ni biasanya nak tengok raut wajah isterinya dahulu. Selain bahasa badan, kadang-kadang tengok mata pun dah boleh tahu jawapan. Senang sikit untuk langkah ke peringkat seterusnya iaitu ciuman. Muahciked!

Cari posisi dan lakukan gerakan lembut

Bila korang dan pasangan rasa inilah masa yang paling sesuai, cari posisi yang selesa untuk korang dan pasangan korang. Kalau berasa awkward, biarkan pasangan yang lead korang. Biasanya untuk kali pertama, posisi korang akan berada di bawah dan pasangan korang pula di atas.

Yang penting, gunakan gerakan perlahan dahulu. Jangan gelojoh kalau korang tak nak rasa sakit semasa melakukan. Kalau sakit, jangan diam sahaja sebaliknya bagitahu pada pasangan supaya pasangan boleh melakukan gerakan dengan lebih lembut. Sambil lakukan sambil berbual perkara-perkara yang boleh merangsangkan untuk menambahkan keghairahan masing-masing okey! Awww…

Gerakan lebih lagi

Setelah sakit, ramai yang berkongsi pengalaman yang korang bakal berasa ‘nikmat’ selepas itu. Di peringkat ini korang mungkin mahukan pasangan korang lakukan gerakan yang lebih laju. Saat ini juga korang akan terasa seperti diawang-awangan dan korang mungkin mahukannya lagi lagi dan lagi. Opps! So, korang bolehlah stand by pasang muzik romantik di malam pertama korang supaya ‘bunyi-bunyi’ keghairahan korang tu tidak didengari.

Ucapkan terima kasih dan I love you

Setelah selesai beraksi di atas katil, korang kena ucapkan terima kasih sekali gus I love you kepada pasangan korang. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa satu malam dengan korang. Cara begini barulah nampak korang bersama atas tiket kasih sayang bukannya atas nafsu semata-mata. Jadikan ucapan berterima kasih ini sebagai amalan, barulah hubungan korang semakin erat.

BACA : Nak pakai apa masa malam pertama? Ini dilema pasangan bakal berkahwin

Ha! Jadi inilah perkara yang korang kena bersedia sebelum menempuh ke alam perkahwinan. Jangan ingat dah halal kira dah settle. Benda ni penting tau sebab ini salah satu tanggungjawab orang perempuan kepada suami. Kalau timing korang habis melakukan tu ngam-ngam nak dekat Subuh, apa kata ajak pasangan tunaikan kewajipan bersama-sama. Barulah mertua kata menantu material! Semoga bermanfaat.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my