D-Life

Nak cangkung ke duduk? Jenis tandas yang ‘traveller’ kena tahu!

Oleh  | 

TANDAS ialah salah satu benda penting kepada seseorang pengembara, apatah lagi jika melancong ke luar negara. Pengalaman penulis sendiri ketika pertama kali sampai di United Kingdom, terkejut kerana tandasnya tidak mempunyai sebarang pancuran atau paip air! Gamat dibuatnya apabila terpaksa mencari pusat Islam berdekatan untuk buang air, kerana hampir semua tandas awam di sana tidak mempunyai paip.

Setiap negara mempunyai bentuk tandasnya yang tersendiri. Hal ini kerana cara atau adab membuang hajat yang berbeza dalam setiap masyarakat dunia. Ini, kami rangkumkan beberapa jenis tandas sebagai rujukan kamu kalau kamu ke luar negara.

 

Tandas cangkung

Tandas jenis ini ialah tandas yang paling banyak ditemukan oleh penduduk dunia terutama kawasan Asia, atau lebih spesifik Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Oleh sebab itu, kalau ada pelancong luar Asia datang ke negara kita, mereka menghadapi sedikir kesusahan untuk membiasakan diri mencangkuk kerana terbiasa menggunakan tandas duduk.

 

Tandas duduk

via GIPHY

Ini juga antara jenis tandas yang biasa ditemukan di seluruh dunia. Di Barat, lazimnya tandas duduk dilengkapi dengan pembilas air automatik dan tisu kering. Di Asia, kalau tiada kedua-duanya, jadi kamu harus membilas kesan ‘hajat’ kamu dengan gayung.

 

Pissoir

FOTO: Traveller Australia

Jika kamu terbiasa berjalan-jalan di Eropah, jangan aneh kalau kamu terserempak dengan satu fasiliti untuk buang air kecil bagi lelaki setinggi dua meter. Itulah pissoir, diperbuat daripada bahan seperti plastik dan didapati di tepi-tepi jalan. Pissoir paling mudah ditemukan di Amsterdarm, Belanda.

 

Tandas Jepun

Tandas duduk di Jepun, meskipun dari segi strukturnya kelihatan sama dengan tandas duduk biasa, tetapi terdapat banyak butang aturan canggih-manggih di sebelahnya. Kalau sesiapa yang pertama kali tiba di Jepun, pasti kekok menggunakan tandas duduk sini.

Bayangkan, tandas duduk kamu dilengkapi dengan butang untuk semburan air automatik yang boleh dilaras tahap kekuatan air dan sebagainya, malah boleh menyembunyikan bunyi kamu ‘buang hajat’ dan boleh mengeluarkan bauan yang wangi. Tandas idaman!

 

Tandas long drop

Tandas jenis ini yang paling ekstrem. Tandas ini hanyalah sebuang lubang yang digali dan dialirkan ke septic tank. Tandas-tandas ini dapat ditemukan di kawasan-kawasan terpecil atau pedalaman seperti di kawasan pergunungan. Ini sangat popular di pedalaman India dan Mongolia yang sangat jauh daripada kemudahan infrastruktur. Kalau kamu mengimpikan ‘proses perkumuhan’ yang selesa, nah, this is not for you, girl! Kamu perlu bawa air atau kertas tisu sendiri kalau mahu buang hajat di sana!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my