Be-You-Ty

Nak cari gincu sesuai warna bibir? Baca ini sekarang!

Oleh  | 

TIAP kali ke rangkaian farmasi kesihatan, pasti tidak sah kalau tidak melihat produk penjagaan muka atau alat solek terbaharu di pasaran. Lagi tidak keruan jika tiba-tiba kedai tersebut menawarkan potongan harga sehingga separuh harga. Tak senang duduk dibuatnya.

Dari jenis foundation, kemudian pemerah pipi sehinggalah deretan warna gincu yang pelbagai. Mustahil anda berasa cukup dengan hanya mempunyai satu warna bukan? Pasti anda ingin mempunyai dua atau tiga warna gincu berbeza. Namun, membeli gincu yang tidak sesuai dengan warna bibir anda akan menyebabkan pembaziran.

FOTO: Unsplash

Perkara pertama yang anda perlu lakukan jika hendak membeli gincu ialah memastikan sama ada warna tersebut sesuai dengan bibir anda atau sebaliknya. Sebab itulah, jika anda membeli gincu secara atas talian adalah agak berisiko memandangkan anda tidak berkesempatan untuk menguji warnanya terlebih dahulu.

Selain itu, anda harus mempertimbangkan jenis gincu sebelum anda memutuskan untuk membeli. Ini kerana, warnanya boleh berubah ketika anda memakainya. Sebagai contoh gincu lip liquid iaitu jenis lipstick yang memiliki tekstur cair. Kebiasaannya warna gincu ini akan menjadi lebih gelap setelah kering.

Ini berbeza jika anda membeli lipstick biasa  yang tidak berubah warna ketika digunakan. Jika anda memilih warna yang gelap, anda disaran untuk mencubanya di belakang tangan anda sebelum menyapunya ke bibir secara perlahan dan nipis.

FOTO: Unsplash

Kepada pemilik bibir bewarna gelap, anda disaran menggunakan foundation di bibir untuk meneutralkan warna bibir anda sebelum mengenakan lipmatte.

Namun jika anda mempunyai bibir bewarna pucat, anda disaran memakai liptint terlebih dahulu. Biarkan ia kering seketika  sebelum mengenakan lipmatte. Kemudian, anda ready to run the world!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my