Serious?!

“Nak cipta kelainan,” – Photographer ambil gambar dekat kubur untuk suka-suka

Oleh  | 

VIRAL di laman Twitter gambar model berbusana pengantin bergambar di tanah perkuburan yang dianggap tidak sopan semalam. Warganet mula memberikan kritikan dan merasakan pengambaran di tanah perkuburan adalah melanggar sensitiviti bangsa Malaysia yang hidup majmuk terutama bersangkutan dengan agama dan budaya.

Menurut jurugambar semasa sesi fotografi itu, Nur Amirah menjelasnya sebenarnya gambar yang tular itu diambil di sebuah kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat. Mereka yang menjadi model pula bukanlah pengantin tetap sekadar menyarungkan busana pengantin daripada sebuah butik.

Amirah mengakui idea itu diambil daripada gambar di luar negara dan mahu lari daripada kebiasaan. Ini kerana menurutnya, banyak model di luar negara yang menjalankan sesi fotografi di tanah perkuburan memandangkan ia nampak cantik untuk lokasi pengambaran.

Amirah bagaimanapun tidak menyangka yang gambar berkenaan telah memakan dirinya sendiri.

“Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di FB adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama.

“Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri.

“Apa pun, saya terima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my