Be-You-Ty

Nak dapatkan ‘eyeline’ lentik ‘on point’? ‘Try’ tip ni

Oleh  | 

Bahagian mata sangat penting untuk gadis-gadis. Bayangkan Kilafairy tanpa mata galaknya, atau Neelofa bersolek tanpa penggaris mata. Mesti aneh dan kurang serinya, kan?

Tanyalah mana-mana gadis, bahagian mana pada wajah yang paling susah nak ditatarias? Pasti rata-rata akan menjawab celak mata atau eyeliner. Bahagian tersebut sangat memakan masa berbanding bahagian yang lain.

Oleh sebab memahami rungutan lelaki tentang pasangan mereka yang selalu lambat bersiap disebabkan eyeliner, ini kami senaraikan 6 hack penggaris mata yang dapat jimatkan masa bersolek anda tetapi tetap cantik dalam masa yang sama.

 

Gunakan maskara sebagai eyeliner jika kamu mahu cepat

FOTO: Glitter Magazine

Adakah kamu terlewat bangun pagi ke tempat kerja atau ke kelas hari ini? Maka tip ini khusus untuk kamu. Cuba gunakan maskara sebagai eyeliner. Caranya, gunakan hujung eyeliner untuk melukis garisan mengikut bulu mata. Berbanding melukis dengan menggunakan eyeliner, melukis dengan menggunakan mata lebih menjimatkan masa.

 

Lukis garisan pada mata dengan pensel dahulu

Sebenarnya, yang menyebabkan solekan pada mata mengambil masa yang lama ialah proses melukis garisan. Tak mudah ya melukis garisan dengan menggunakan eyeliner. Jadi caranya, bentukkan dahulu garisan pada mata dengan menggunakan pensel celak biasa, sebelum kamu ikut semula garisan yang sudah kamu bentuk dengan eyeliner pula. Barulah tak comot.

 

Gunakan sticky note untuk bentuk garisan mata berkepak

Winged liner atau garisan mata berkepak di hujung akan menyerlahkan sisi ranggi gadis. Tetapi melukis lentikan pada penghujung mata sememangnya tricky. Kalau salah teknik, boleh tak seimbang antara kedua-dua mata. Jadi, apa yang kamu boleh buat, gunakan sticky note atau apa-apa kertas untuk bentukkan kepak pada hujung mata. Ini supaya garisan mata kamu tidak comot, tidak perlulah kamu menyapu kesan tak jadi berulang kali.

 

Gunakan primer berbanding larutan misel untuk tanggalkan kesan comot

Bagi mereka yang cemerkap, membentuk garisan mata ialah satu cabaran. Kalau kamu perasan, menanggalkan kesan garisan mata terlebih atau comot dengan menggunakan pembasmi solekan atau larutan misel akan menyebabkan kesan comot tu menjadi lebih teruk. Cuba gunakan primer untuk tanggalkan kesan comot tersebut. Ini bukan sahaja dapat menutup kesan yang tersalah, tetapi juga tahan daripada terkena air.

 

Pandang ke bawah cermin ketika melukis garisan mata

 

Banyak garisan mata kelihatan comot disebabkan keadaan mata ketika melukis. Ada orang selesa memejam mata ketika melukis, ada orang selesa dengan separa mata terbuka. Apapun cara anda, kami sarankan pandang bahagian bawah cermin untuk kesan yang lebih kemas. Jika anda pandang bahagian bawah cermin, kamu boleh melihat mata kamu dalam masa yang sama tak mengganggu kedudukan tangan kamu untuk melukis dengan selesa.

 

Sumber:   Glamour

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my