Be-You-Ty

Nak gincu tahan lama di bibir? Ini tipsnya!

Oleh  | 

KORANG mesti biasa lalui situasi selalu kena touch up lipstic setiap kali lepas makan kan? Ha lepas ni dah tak payah touch up selalu dah sebab Dhia nak kongsi dengan korang tips untuk lipstic kita kekal lama. So lets check it out!

First thing!

Untuk pastikan bibir korang lembut dan lembab selalu, make sure korang kena rajin rawat bibir korang. Salah satu cara untuk rawat bibir kita adalah dengan menggunakan scrub. Sebenarnya kita boleh buat sendiri scrub bibir tau. Ambil satu sudu madu dan tiga sudu kecil gula pasir. Gosokkan pada bibir korang selama 30 saat dan biarkan bibir selama 30 saat juga. Lepastu bilas dengan air okay?

Gunakan pelembab bibir/ lip balm

Sapukan lip balm atau pelembab bibir selama beberapa minit untuk lip balm korang meresap dengan sempurna. Lepastu barulah oles gincu yang korang suka.

Pakai bedak asas/ foundation

Tahu tak gincu korang boleh bertahan lama di bibir sekiranya korang apply foundation? Selain itu, foundation jugak boleh jadikan warna gincu korang lebih menyerlah terutama sekali untuk orang yang mempunyai bibir yang gelap

Elak menggunakan lipgloss

Lipgloss sememangnya akan jadikan bibir kita nampak ceria dan sexy. Tapi ketahuilah gincu jenis lipgloss ni sebenarnya mengandungi banyak minyak dan lebih cepat hilang warnanya.

Gunakan gincu secara berlapis

Ini salah satu cara yang efektif untuk pastikan gincu korang bertahan lama di bibir. Apply gincu korang secara berlapis. Caranya, gunakan pensil bibir dan lukis mengikut bentuk bibir terlebih dahulu. Selepas itu sapukan gincu ke bibir dan biarkan selama seminit dan lepastu boleh la korang topup gincu korang lagi. Bila lapisan gincu makin tebal, gincu pun tak mudah nak pudar kan?

Pakai sikat bibir / lip brush

Menggunakan lip brush adalah cara yang terbaik untuk jadikan gincu korang bertahan lama. Ianya boleh mengurangkan minyak yang terdapat dalam gincu kita.

Hopefully dengan tips yang Dhia share ni mampu la kurangkan kekerapan korang untuk touch up gincu lepasni ye? Selamat mencuba ladies!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my