Serious?!

‘Nak jadi penyanyi bukan takat suara sedap saja’

Oleh  | 

SIAPA yang tidak kenal dengan pemilik suara buluh perindu Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana ini. Tiada siapa yang boleh menafikan kebolehannya dalam nyanyian dan kekuatan emosinya setiap kali tampil di atas pentas.

Team Dhia sempat bertemu Nana di belakang pentas sewaktu separuh akhir Muzik-Muzik yang lalu dan  bercerita  tentang rahsia dan pengalamannya menjadi anak seni setelah bertahun-tahun di dalam industri. Jom kita dengar apa agaknya pesanan Nana kepada generasi muda yang menyimpan keinginan untuk menjadi penyanyi sepertinya.

“Kalau nak jadi penyanyi bukan bergantung kepada suara yang bagus sahaja. Kita kena ada personaliti, attitude yang baik agar kita disenangi oleh orang sekeliling kita.

“memang ramai yang boleh nyanyi. Mereka nyanyi memang sedap tapi sikapnya tidak disenangi.” katanya

Pelantun lagu Terus Mencintai ini juga tidak menafikan menjadi selebriti sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam industri hiburan sememangnya  memerlukan kekuatan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang pelbagai.

“Menjadi penyanyi mestilah mempunyai fizikal dan mental yang kuat memandangkan  kita akan berhadapan dengan bermacam  ragam peminat dan orang sekeliling. Kita kena bersedia untuk semua itu”

Siti Nordiana dan Jacklyn Victor membawakan lagu Nisan Cinta yang melayakkan mereka untuk mara ke

Anugerah Juara Lagu setelah berentap di pentas minggu terakhir SFMM33 di Plaza Alam Sentral baru-baru ini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my