Serious?!

“Nak jumpa Mamajee seminit saja, lepas tu saya pulangkan balik pada Allah”- Fatimah

Oleh  | 

TIADA siapa yang boleh menduga pemergian seorang Adamdidam memberi kesan yang sangat hebat kepada Fatimah yang baru berusia 5 tahun. Hampir sebulan pemergian Adam, Fatimah masih dirundung kesedihan sehingga menggangunya menjalani aktiviti hariannya seperti selalu. Ibu kepada Fatimah berkongsi perkembangan terbaharu kanak-kanak itu menerusi akaun rasmi Instagramnya semalam.

Minggu lalu, Fatimah yang baru berusia 5 tahun berjaya ke sekolah selama dua hari sebelum jiwanya kembali bercelaru setelah memasuki hari Rabu.

“Tolong telefon Auntie Love (Neelofa), saya nak minta tolong dia cakap dengan Tuhan bawa balik Mamajee seminit saja. Cuma seminit. Lepas tu saya akan pulangkan balik pada Allah,” katanya.

Seolah-olah merasai keperitan yang dialami Fatimah, netizen turut sama memberikan kata-kata semangat kepada gadis cilik itu. Tiada siapa yang menginginkan perpisahan. Inilah ketentuan Tuhan yang harus diterima oleh semua.

Turut berkongsi kesedihan ialah selebriti popular Neelofa melalui laman twitter rasminya.

“Fatimah, hati saya bersama kamu. Mamajee sudah berada di tempat lebih baik, insyaAllah. Kita selalu doakan dia, ok? kamu gadis yang kuat dan kita akan menjalani dugaan ini bersama-sama okay?”

Terdahulu, chef selebriti Mohamad Adam Ismail atau Adamdidam menghembuskan nafas terkahir pada Mei. Pemergiannya memberikan kesan yang hebat kepada anak saudaranya iaitu Fatimah, Ali, dan Mukhtar yang terkenal bercakap dalam dialek Kelantan walaupun menetap di United Kingdom. Semoga Allah memberikan ketabahan kepada Fatimah dan mengembalikan senyuman di wajahnya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my