Be-You-Ty

Nak keluar dari obesiti? Makan nasi

Oleh  | 

KEBANYAKKAN manusia sering mencuba untuk menguruskan badan mahu pun yang obes atau yang memang sudah kurus pun ada! Bagi yang mengamalkan diet yang sihat, tidak menjadi masalah.

Sesetengah individu, disebabkan terlalu nak cepat kurus sampai sanggup untuk menggunakan cara yang boleh mendatangkan bahaya pada badan sendiri! Jangan sis,takut nanti kesan berpanjangan susah.

Bila sembang pasal diet ni, mesti melibatkan dengan konsep tak makan nasi. Tapi korang tahu tak sebenarnya kalau korang elak daripada makan nasi, boleh menambahkan berat badan? Ha meh sini sis bagitahu.

Makan secukupnya, bukan berlebihan

Bukan tak boleh makan nasi. Boleh tapi korang kena berpada. Sebab, nasi mengandungi fiber dan nutrien yang dapat dijumpai dalam bijirin yang mempunyai ciri rendah lemak. Rendah lemak ni dapat buatkan korang kenyang dengan lebih lama.

Limitkan hanya 50 gram sehari

Bila korang amalkan hanya 50 gram sehari, korang berjaya mengurangkan berat badan dengan lebih cepat. Korang boleh amalkan hand-portion sebagai ukuran makanan banyak mana boleh ambil.

Saranan ni sebenarnya menerusi Prof Tomoko Imai dari sebuah kolej wanita di Kyoto, Jepun. Kajian baru dari pakar menunjukkan individu yang mengamalkan diet mengikut budaya Jepun atau Asia dapat mengurangkan risiko obesiti berbanding negara yang nasi bukan makanan ruji.

Ada juga menunjukkan kepada sesiapa yang sering amalkan permakanan yang penuh dengan fibre dan whole grains mempunyai berat badan yang seimbang, kolesterol yang terkawal .

 

 

 

Sumber: Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my